Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Kajian Tindakan.....!!!!!

Sabtu, 30 April 2011

Menutup bulan April 2011, satu Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diberikan kepada semua guru dengan tajuk 'Kajian Tindakan'.  Kursus ini bertempat di Balai Konferensi, SMK Taman Tuanku Jaafar yang bermula jam 0800 pagi hingga 0200 petang.


Penceramah yang diundang merupakan seorang yang mahir dalam bidang kajian tindakan dengan menyandang Guru Cemerlang DG52 (Fizik) dari SMK Tunku Kurshiah, Kuala Pilah Negeri Sembilan.  Beliau ialah Encik Abdul Latif b Ismail, seorang yang berpengalaman dalam teknik pembelajaran dan pengajaran di sekolah melebihi 20 tahun.


Antara objektif pelaksanaan kajian tindakan ialah:  Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar guru, meningkatkan pencapaian murid di bilik darjah serta meningkatkan keberkesanan amalan mengajar dan membantu guru mengatasi pelbagai masalah pembelajaran.


Kursus dimulakan dengan ceramah selama 3 jam, diikuti dengan bengkel dan diakhiri sesi soal jawab.  


Hayatilah saat-saat warga pendidik SMKTTJ menjalani Latihan Dalam Perkhidmatan melalui Lensa SMKTTJ:























0

Keindahan Jumaat...

Jumaat, 29 April 2011

Penghulu segala hari bagi semua umat Islam, maka untuk mendapat barakahNya perlulah kita mengisi setiap waktu dan detiknya dengan berbuat kebaikan.  


Hari ini, di Dataran Perhimpunan SMK Taman Tuanku Jaafar telah berlangsung majlis solat sunat hajat untuk semua warga sekolah yang beragama Islam.  Keberkatan dan rahmatNya dipohon untuk emmeneruskan kehidupan yang belum pasti dan untuk menghadapi hari-hari mendatang sebagai warga SMK Taman Tuanku Jaafar.


Bersama doa "Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, berkatilah kehidupanku, bukalah pintu hatiku untuk menjadi insan yang taat kepada Mu.  Kuatkanlah daya ingatan ku untuk mengingati segala ilmu Mu, jauhkan dariku rasa gusar dalam menghadapi saat-saat susah dan lapangkanlah dada ku untuk menerima ilmu Mu.....Amin"


Bagi pelajar yang bukan beragama Islam, mereka ditempatkan di gelanggang bola keranjang untuk program Bina Insan.


Lihatlah keindahan Jumaat bersama Lensa SMKTTJ:








































Back to Top