Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Kem Sehari Bersama Fizik

Isnin, 30 Mei 2011

Bertempat di Bilik Utiliti SMK Taman Tuanku Jaafar dan bermula jam 0830 pagi hingga 0430 petang, berlangsung satu majlis ilmu yang dikolaborasi antara dua panitia berjarak hampir 30 kilometer jauhnya.  Ini merupakan majlis yang julung kalinya dianjurkan oleh Panitia Fizik SMK Taman Tuanku Jaafar bersama Panitia Fizik SMK Desa Cempaka, Nilai.


Buat kali kedua, penceramah yang sama diundang untuk memberi ceramah yang berbeza iaitu ceramah bertajuk 'Kajian Tindakan' kepada tenaga pengajar SMK Taman Tuanku Jaafar penghujung April lalu, dan hari ini beliau kembali untuk memberi ceramah tentang teknik menjawab dan belajar mata pelajaran Fizik.  Encik Abd Latif b Ismail merupakan seorang yang serba boleh dan bersesuaian dengan gelaran yang disandang iaitu Guru Cemerlang Fizik.  Bukan hanya mahir dalam ilmu Fizik, malah beliau juga sinonim dengan teknik-teknik untuk melaksanakan kajian tindakan di sekolah-sekolah.  


Krew Lensa tidak melepaskan peluang untuk merakamkan peristiwa semasa kem sehari fizik berjalan:





































0

Kembara Pantai Timur

Jumaat hingga Ahad, 27 hingga 29 Mei 2011

Perjalanan bermula dari perkarangan SMK Taman Tuanku Jaafar menuju ke Negeri Cik Siti Wan Kembang selama hampir 10 jam. Menyaksikan dengan mata dan kepala tentang keunikan kehidupan masyarakat Pantai Timur mampu membawa kita kembali ke era 60 an atau 70 an.  Disulami dengan tata susila yang makin pudar di tengah hiruk pikuk metropolitan, masyarakat Pantai Timur dan wanita khasnya tetap menjaga etika berpakaian.  Ke mana sahaja mereka pergi, malahan untuk membeli sayur dan ikan di pasar mereka tetap mengenakan tudung dan berbaju kurung.

Perjalanan yang semakin penat diteruskan ke negeri yang terkenal dengan Penyu Menangisnya.  Masih terasa budaya yang sama dengan negeri Kelantan walaupun loghat bahasa mula berbeza.  Terkenal dengan batik dan keropoknya  menjadikan poket makin kurus dan akhirnya tinggal habuk sahaja untuk di bawa pulang ke Negeri Beradat.

Ikuti perjalanan Kelab Pelancongan bersama pembimbing Krew Lensa SMKTTJ:





































































































Back to Top