Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 PPD Seremban

Pada hari Rabu ( 17 Ogos 2011 ) bertempat di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi telah berlangsungnya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010. Majlis yang dianjurkan oleh PPD Seremban ini bertujuaan untuk menghargai dan menyampaikan anugerah kepada 640 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari seluruh daerah Seremban. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Hasim bin Rusdi iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam ini bermula dari jam 1.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang.

8 orang guru dan seorang kakitangan pejabat dari SMKTTJ yang tersenarai sebagai penerima anugerah turut hadir pada majlis ini. Ternyata ucapan aluan & penghargaan dari YB Datuk Hasim dan Pegawai Pelajaran DAerah Seremban cukup membakar semangat warga dewan yang juga penerima anugerah untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Yang cukup menarik, ada dikalangan penerima anugerah kali ini yang telah beberapa kali menaiki pentas untuk menerima anugerah yang sama pada masa yang lepas.

Tahniah dan Syabas... Puan Hasliza, En. Mohd Hafiz, En. Mohd Nizam, Puan Ruzita, Puan Sha'rayah, Puan Siti Fatimah, Puan Siti Khatijah, Puan Suzita dan Puan Yusrina Hanim..















0

Majlis Iftar Krew Lensa

Sabtu, 20 Ogos 2011

Setelah dihitung, dicongak, dikalkulatekan...maka, hari ini sempena hari ke-20 umat Islam berpuasa, majlis iftar telah diadakan di kediaman Puan Sabariah.


Kehadiran semua guru pembimbing iaitu Puan Yusrina dan Puan Noor Azian telah menghangatkan lagi majlis yang julung kali diadakan sempena usia Krew Lensa yang memasuki bulan ke-5.  Huh!!!..ingatkan tiada yang istimewa pada majlis tersebut, tetapi dah namanya fotografi, dari mula sampai hingga balik, flash kamera tidak pernah malap.  Ada sahaja sudut dan ruang yang ingin diabadikan oleh para krew.


Ayam bakar cicah brown sauce, koktel buah-buahan, bandung soda, mee goreng, sira pisang, biji nangka, murtabak, kek coklat dan pelbagai lagi juadah telah memenuhi perut setiap krew.  Paling istimewa, ada 'ladybug' yang menghiasi meja makan hasil tangan Aiman Hakim.  


Diharapkan majlis iftar ini dapat mengerat dan mewujudkan persefahaman yang lebih baik bagi semua krew.  Persefahaman merupakan tunjang kepada jatuh bangunnya sesebuah organisasi.  


Bakal menyusul ialah majlis rumah terbuka krew lensa yang akan diadakan pada bulan Syawal nanti.


Kesempatan ini, kami Krew Lensa SMK Taman Tuanku Jaafar mengucapkan " Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri " buat semua pengikut blog lensa, pembaca serta pemerhati Lensa SMKTTJ.  Maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan kami yang lepas, semasa dan bakal menyusul.



































































Back to Top