Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Akhirnya.........

22 Disember 2011 (Khamis)

Hujan yang lebat di pagi Khamis menyejukkan persekitaran ciptaan Allah dan menyejukkan sedikit bahangan yang mula terasa oleh semua calon PMR 2011 dan kedua-dua orang tuanya serta kaum keluarga.  Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba akhirnya dan apa juga keputusan, ianya tidak lagi mampu untuk dipadam mahupun disangkal kerana itulah hasil mereka yang menduduki PMR awal Oktober lalu.

Seawal jam 1000 pagi, ruang legar SMKTTJ mula dipenuhi oleh pelajar dan ibu bapa masing-masing.  Hujan yang turun bagai memberi kerahmatan buat calon PMR 2011 yang akan menerima keputusan mereka sedikit waktu lagi.

Tepat jam 1130 pagi, kelibat GPK 1, Encik Akashah Ismail yang baru tiba dari PPD Seremban sambil membawa keputusan PMR 2011 tersenyum kepada beberapa orang guru yang setia menunggu kepulangannya.  Persoalan pertama guru-guru ialah 'berapa orang pelajar mendapat semua A'.  Dengan tenang beliau menjawab....27 orang.

Serentak dengan itu, Tuan Pengetua telah mengumumkan kepada ibu bapa dan pelajar nama-nama mereka yang cemerlang 2011.  Kemudian diikuti oleh nama pelajar yang memperolehi 7A dan 6A.  Pelajar cemerlang ini telah diserahkan keputusan peperiksaan mereka dalam majlis berasingan di Balai Konferensi SMKTTJ oleh pengetua kepada ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Wajah-wajah cemerlang 2011 juga telah diabadikan oleh Krew Lensa untuk ditatap oleh semua warga SMKTTJ mulai sesi persekolahan 2012 nanti.

Kami Krew Lensa mengucapkan Tahniah buat semua pelajar yang telah mendapat kejayaan dan buat mereka yang tidak berjaya masih ada peluang untuk anda mengautnya tahun 2013 nanti.  Tahniah buat semua pelajar PMR 2011.  Terima Kasih buat semua warga pendidik SMKTTJ yang mendidik semua pelajar PMR 2011.  Jasa mu guru tidak terbilang dek tangan, tidak terhitung dek mesin kira-kira dan tidak tercapai dek GPS....Para pendidik tetap yang terbaik.









































































































Back to Top