Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Tahun Lompat & Seminar Motivasi Pelajar Terbilang SPM 2012

29 Februari 2012 (Rabu)

Hari ini merupakan hari yang istimewa buat semua di mana-mana sahaja di pelusuk dunia.  Ketibaan 29 Februari sekali dalam empat tahun telah memberi seribu makna bagi mereka yang ingin dan telah mencatat sejarah tersendiri.

Bakal bertemu semula dengan tarikh keramat ini tahun 2016 merupakan tarikh yang begitu istimewa buat insan yang dilahir ke alam ini pada tanggal 29 Februari kerana menyambut hari kelahiran 4 tahun sekali.  Pastinya usia ulang tahun kelahiran begitu muda walaupun pada hakikatnya beliau telah tua.  Bayangkan, menyambut ulang tahun kelahiran ke 5 pada usia 20 tahun.

Krew Lensa SMKTTJ juga mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-4 buat salah seorang krew iaitu Muhammad Nur Ikhwan bin Che Ramlee dan salah satu kejutan pada hari ini buat beliau ialah diumumkan ulang tahun kelahiran semasa perhimpunan.   Selamat Ulang Tahun ke-4 pada usia 16 tahun Ikhwan.





Sementara itu, bertempat di INTI International University College telah berlangsung Seminar Motivasi Pelajar Terbilang 2012 anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa RIMUP dan dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Guru SMKTTJ.

Program sehari ini memberi pendedahan tentang fasiliti yang terdapat di INTI Kolej serta bidang-bidang pengajian yang ditawarkan.  Pelajar juga didedahkan dengan teknik-teknik belajar serta kata-kata motivasi yang mampu menjadi pendorong kepada calon SPM 2012.





















































Back to Top