Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Kursus Penggunaan Aplikasi EMIS dan SAPS

27 Mac 2012 (Selasa):

SMK Taman Tuanku Jaafar telah diberi penghormatan untuk menjadi tempat berkumpulnya pihak pentadbiran dan pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bagi melaksanakan kursus Penggunaan aplikasi EMIS dan SAPS.

Kursus bermula jam 0830 pagi ini menerika kehadiran Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan, Puan Hajah Kalsom binti Khalid, ketua-ketua sektor serta Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah.  Kehadiran mereka merupakan satu kebanggaan buat warga SMKTTJ kerana pihak JPNS dapat menyaksikan sendiri rentak dan kehidupan masyarakat SMKTTJ.
















 





0

Minggu Antidadah SMKTTJ

26 Mac 2012 (Isnin):

Bertempat di Dataran Cendikiawan SMK Taman Tuanku Jaafar, telah berlangsung majlis perasmian Program  Pendidikan dan Pencegahan Dadah peringkat sekolah.  Program Anjuran unit Kaunseling ini mengundang AP Dr Abd Halim bin Mohd Husin selaku Pengarah Pusat Penyelidikan Penyalahgunaan Dadah ASIAN, USIM sebagai tetamu kehormat yang merasmikan majlis dengan jayanya.

Sebagai Simbolik hidup sihat tanpa cengkaman dadah, tetamu kehormat telah melepaskan dua ekor burung merpati menepati sasaran hidup para remaja yang seharusnya tidak mendekati dadah jika ingin menikmati hidup yang sihat dan harmoni.

















0

Kursus videografi

24 Mac 2012 (Sabtu):

Baru lima hari sesi persekolahan dibuka semula, pelajar dan guru kembali aktif menjalankan tugasan yang seharusnya dilangsaikan mengikut ketetapan masa yang telah diberikan.

Kini, tiba giliran krew baru yang wujud dibawah naungan Lensa SMKTTJ iaitu krew videografi mengikuti kursus.  Kursus asas videografi dan suntingan ini mendedahkan kepada para krew teknik merakam gambar dan teknik suntingan asas.

Seramai 7 orang krew dan 5 orang guru mengikuti kursus yang ditunjukajar oleh Encik Ku Shahril dari Shahril Fotografi.

Dalam waktu yang sama, persekitaran sekolah begitu meriah dengan pelbagai aktiviti hari Sabtu seperti latihan badminton, perlawanan sofbal dan perkhemahan Pengakap yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.




























Back to Top