Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Perkhemahan Perdana

27 hingga 29 April 2012 (Jumaat hingga Ahad):

Perkhemahan Perdana SMKTTJ telah melabuhkan tirai dengan jayanya.  Bermula pada jam 1500 petang, semua pelajar yang mewakili unit uniform masing-masing dengan rasa berkobar-kobar telah mendaftar sebagai peserta perkhemahan kali ini.

Perkhemahan ini dapat membuka minda peserta dalam menguruskan organisasi, sifat bekerjasama, bertolak ansur serta bersatu semasa melakukan apa sahaja aktiviti.  Malah, perkhemahan ini juga dapat menguji ketahanan fizikal dan mental setiap pelajar.

Majlis penutupan perkhemahan telah dirasmikan oleh Encik Ariffin, Pegawai Pelajaran Daerah Seremban dengan diiringi YDP PIBG SMKTTJ yang pertama kalinya bertugas dalam aktiviti anjuran SMK Taman Tuanku Jaafar iaitu Dato' Nordin.

27 April 2012















28 April 2012


























0

Program Keibubapaan

21 April 2012 (Sabtu):

Sempena dengan persekolahan hari Sabtu, satu program keibubapaan khasnya untuk ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak-anak yang menduduki peperiksaan PMR dan SPM 2012 telah berlangsung dengan jayanya.

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini telah mengundang Tuan Zaiful Bahri bin Idris, Adun Chembong untuk merasmikan majlis yang penuh makna buat guru dan ibu bapa.










0

Kursus Sembelihan

19 April 2012 (Khamis);


Kursus Sembelihan adalah salah satu Program Tahunan yang dirancang oleh Panitia Pend. Islam, SMKTTJ untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar perkara-perkara berkaitan dengan sembelihan yang merupakan salah satu tajuk dalam sukatan pelajaran tingkatan 4 bahagian Ibadah.


Hasil sembelihan juga telah dimasak secara gotong royong oleh staf sokongan, pekerja sekolah dan guru-guru yang terlibat untuk dimakan bersama selepas solat zohor.
Kursus tersebut telah berlangsung dengan jayanya mengikut ketetapan berikut:

MASA :
7. 30 pagi – 2. 00 petang


TEMPAT :
DEWAN SRI BUDIMAN
DAN PADANG SMKTTJ


ANJURAN BERSAMA :
PANITIA PEND. ISLAM SMKTTJ
&
MAJLIS AGAMA ISLAM N. SEMBILAN
( MAINS )

PENCERAMAH JEMPUTAN :
USTAZ KAMARUL NIZAR BIN IDRIS
PENOLONG PENGARAH
                                                          BAHAGIAN HAB HALAL JAKIM











 















Back to Top