Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Lawatan BTP KPM ke SMKTTJ

10 Julai 2012 (Selasa):

Aduh.....penat berniaga macam-macam selama 2 hari sempena Karnival Gegar Ria belum pun hilang walaupun semalam cuti.  Pagi-pagi lagi semua warga SMKTTJ ke padang untuk acara senamrobik 1Malaysia.  Walaupun bersenam, hati berdebar-debar menunggu ketiba rombongan seramai 100 peserta BTP dari Port Dickson ke SMKTTJ.

Inilah pertama kalinya sekolah dikunjungi oleh 100 orang pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Kegiatan Guru seluruh Malaysia yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di BTP Port Dickson.  Kunjungan ini bertujuan untuk melihat pembudayaan ict yang dibawa oleh tuan pengetua, Tuan Omar bin Ahmad.

Tepat jam 0930 pagi, dua buah bas dan kenderaan persendirian telah sampai di perkarangan sekolah.  Apa lagi, di sini bermulalah wajah SMKTTJ iaitu dengan disambut oleh 30 krew Lensa SMKTTJ yang mengabadikan wajah-wajah pegawai melalui lensa masing-masing.  Apa yang pasti, krew lensa mula teruja apabila melihat sesetengah pegawai yang mengendong Nikon D4 dengan telefoto dan mereka (BTP) juga terpegun dengan aksi-aksi krew Lensa.

Para pegawai di bawa ke Balai Konferensi untuk diberi taklimat ringkas oleh tuan pengetua dan seterusnya melawat beberapa buah bilik yang berkaitan dengan pembudayaan ict. Tidak lengkap bila tetamu pulang tanpa menyentuh makanan.  Pihak sekolah telah menyediakan nasi berlaukkan masak lemak cili api dan sambal belacan untuk dinikmati oleh para tetamu.

Apa yang membuatkan kami agak terharu ialah apabila salah seorang pegawai begitu berminat dengan vest yang dikenakan oleh krew dan untuk tidak mengecewakan mereka yang datang nun dari Sibu, Sarawak, vest tersebut telah selamat berada di Sibu sekarang.

Ada juga krew yang mengambil kesempatan mencungkil rahsia untuk menjadi jurufoto yang kreatif daripada beberapa orang pegawai.

Akhir kalam,ampun dan maaf sekiranya sambutan kami tidak seberapa.  Buah tangan kami tidak bermakna dan hidangan kami tidak berasa.  Kepincangan adalah dari pihak kami dan usah serik-serik untuk berkunjung kembali.  Terima kasih kerana sudi ke sekolah kami, SMK Taman Tuanku Jaafar, Sungai gadut, Negeri Sembilan.

Aksi Senamrobik 1Malaysia:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.495732120453101&type=1

Wajah-wajah Pegawai BTP dan PKG KPM.....:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.495734627119517&type=1
0

Mereka Ahli Syurga.....

13 Julai 2012 (Jumaat):

Petang yang indah dan tenang ini adalah saat yang begitu tepat untuk melelapkan mata, namun demi menjalankan satu lagi tanggungjawab sosial kepada mereka yang memerlukan, kami tidak berkesempatan untuk melayan kehendak mata.

Beberapa orang guru, Puan Jarayah, Puan Rohayati, Puan Noridah, Cik Khalila dan Puan Sabariah mula bergerak menuju ke teratak yang menempatkan seramai 15 penghuni syurga.  Kunjungan petang ini merupakan kunjungan santai dengan tujuan untuk meraikan dan menceriakan kehidupan adik-adik di Rumah Harapan Taman Tuanku Jaafar.

Ketibaan kami para guru dan 10 orang pelajar disambut dengan senyuman olhe Dato' dan Datin.  Terpegun dengan kesabaran dan keikhlasan mereka untuk membela dan mendidik anak-anak istimewa ini membuatkan kami terfikir, alangkah indahnya hidup ini kalau semua manusia mempunyai ketulusan hati seperti dato' dan datin.

Sebelum menjamu selera makanan yang di bawa bersama adik-adik, kami memulakan tugasan dengan mengemas tempat tidur mereka.  Segala sampah sarap telah kami punggah, segala kekotoran telah kami padamkan demi memastikan mereka juga masih berpeluang hidup selesa seperti kami.

Bau wangi ayam goreng KFC, meehon goreng, karipap goreng dan air oren membuatkan segala kerja perlu disiapkan secepat mungkin.  Tepat jam 0430 petang, kami telah menjamu selera bersama mereka yang istimewa di Rumah Harapan.

Terima kasih kepada Dato' dan Datin, pihak koperasi SMKTTJ serta guru-guru dan pelajar yang terlibat.  Kita berjumpa lagi nanti...

Tenunglah wajah mereka:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.495722377120742&type=1
0

Perjumpaan Profesional 3 penjuru

28 Jun 2012 (Khamis):

Majlis perjumpaan tiga penjuru, guru, ibu bapa dan pelajar telah diatur dengan rapi.  Majlis yang bermula jam 1100 pagi ini memberi ruang kepada ketiga-tiga pihak untuk menyuarakan apa yang perlu ambil tindakan bagi memastikan pelajar sentiasa cemerlang di dalam peperiksaan.

Dalam majlis tersebut juga ibu bapa boleh berbincang dari hati ke hati dengan para guru dalam menyelesaikan permasalahan yang wujud semasa seseorang pelajar masih di bangku persekolahan.  Situasi ini memberi satu persefahaman dan persepakatan demi menjamin proses pembelajaran dan pengajaran berjalan landar di dalam bilik darjah.

Lihatlah wajah-wajah di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.495716390454674&type=1
0

Karnival Gegar Ria SMKTTJ 2012

07 dan 08 Julai 2012 (Sabtu dan Ahad):

Buat pertama kalinya, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SMKTTJ, bidang kemanusiaan, bidang teknik dan vokasional, bidang sains dan matematik dan bidang bahasa, koperasi SMKTTJ serta kelab dan persatuan telah bergabung dan bersatu tenaga mengadakan Karnival Gegar Ria SMKTTJ 2012.

Karnival selama 2 hari ini telah mengamit pengunjung yang ramai terutama pelajar dan ibu bapa serta komuniti setempat.  Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh Lensa SMKTTJ, pertandingan memasak anjuran bidang teknik dan vokasional, pertandingan mewarna anjuran Panitia Seni, serta pelbagai pertandingan yang mendapat sambutan menggalakkan.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Puan Hajah Kalsom binti Khalid, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.  Majlis ini juga menyaksikan perasmian program untuk pelajar cemerlang tingkatan 1 hingga 5 yang diberi nama Gemuruh Jiwa Semangat Membara.  Pihak pentadbiran yang diketuai oleh Tuan Omar bin Ahmad mengetuai majlis menerima pelajar cemerlang sebagai mentee.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis yang penuh gemilang ini.  Walaupun karnival ini merupakan majlis julung kalinya tetapi kemeriahannya tetap terasa sampai bila-bila.

Coretan Lensa pada 07 Julai 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.494273927265587&type=1

Hasil 'klik' lensa pada 08 Julai 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.494290657263914&type=1
0

Tahniah...Mereka Cemerlang

05 Julai 2012 (Khamis):

Bertempat di Auditorium Kompelks Penyiaran Tunku Muhammad Sungai Gadut, telah berlangsung majlis penyerahan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk para pendidik daerah Seremban.  Majlis telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah, Ahli Dewan Negara.

Tahniah dari kami lensa SMKTTJ kepada 9 orang tenaga pengajar SMKTTJ iaitu Puan Fadhilah binti Hashim, Puan Rohayu binti Mustafa, Puan Noraishah binti Safiei, Puan Rosiah binti Hasan, Puan Asyirah binti Zakaria, Puan Noor Azian binti Abd Hani, Puan Sabariah binti Seman dan Encik Uthama Kumaran al Sinnathamby.

Semoga kecemelangan anda menjadi role model dan mentor kepada semua pelajar dan warga SMKTTJ.
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.494261640600149&type=1

0

Penyerahan Al-Quran:Simbolik Khatam Quran Perdana SMKTTJ

02 Julai 2012 (Isnin):

Majlis gimik penyerahan naskah Al-Quran sempena Majlis Khatam Quran Perdana yang akan berlangsung pada 08 Ogos 2012 nanti telah berlangsung dengan penuh makna di Balai Konferensi SMK Taman Tuanku Jaafar.  Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa buah sekolah yang berkolaborasi sempena Khatam Al-Quran Perdana iaitu SMK Senawang, SMK Senawang 3, SMK Seremban Jaya, SK Taman Tuanku Jaafar, SK Taman Tuanku Jaafar 2, Kosmopoint, kolej PTPL dan Surau As-Sobirin.

Siaran majlis ini akan dipancarkan menerusi RTM 1 yang dikendalikan oleh dua orang jurukamera RTM iaitu Encik Mohd Shah dan Encik Zul.  Siaran lokasi-lokasi berbeza akan berlangsung dengan penggunaan skype yang dikendalikan oleh Kosmopoint Seremban.

Sekitar majlis penyerahan naskah Al-Quran:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.492098567483123&type=1
0

Kejohanan Olahraga SMKTTJ

29 Jun 2012 (Jumaat):

Kejohanan olahraga peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya.    Penglibatan pelajar dalam setiap acara telah memeriahkan lagi kejohanan pada tahun ini.  Empat warna utama iaitu merah, hijau, kuning dan biru telah mewarnai sekitar padang SMKTTJ pada pagi yang sejuk ini.

Laksamana terus mengekalkan kejuaraan dengan muncul sebagai johan dan menyusul dibelakangnya ialah Syahbandar.  Pegawai Pelajaran Daerah Seremban, Y.  Bhg.  Tuan Mohd Sah bin Zainal Abidin telah merasmikan majlis penutupan Kejohanan Olahraga 2012.
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.494265203933126&type=1
Back to Top