Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Hari Graduasi SMKTTJ 2012

18 Oktober 2012 (Khamis):

Hari yang ditunggu telah tiba.  Segala perancangan yang disusun selama 9 bulan kini telah membuahkan hasilnya.  Hari ini lahirlah hasil sulung jerit perih dan perahan keringat serta idea semua warga pendidik SMKTTJ demi melaksanakan satu majlis yang bersejarah.  Majlis ini bersejarah kerana sepanjang 11 tahun SMKTTJ beroperasi, inilah kali pertama ianya diadakan.  Bersejarah juga kerana seramai 237 pelajar diberi sijil selepas 5 tahun belajar di peringkat sekolah menengah.

Debaran kalau-kalau majlis yang julung kalinya ini banyak cacat cela, debaran kalau-kalau majlis sulung ini tidak sesempurna seperti perancangan.  Akhirnya, orang yang dinantikan tiba dengan senyuman, YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar tiba di perkarangan Pusat Pelajar INTI International University.  Beliau disarungkan dengan jubah berwarna hitam pekat dan dipakaikan topi bagai seorang canselor.  Berjalan gagah menuju pentas utama bersama perarakan bunga pahar dan cokmar.  Duduk di pentas utama bersama para dif kehormat dan pentadbiran SMKTTJ, majlis tampak gah dan berprestij walaupun ianya sentuhan pertama.

Menguatkan pandangan mata kasar tetamu, dalam ucapan perasmian YB Tuan Haji Khairy, beliau juga memberitahu bahawa ini adalah majlis graduasi paling elegan yang pernah beliau hadir.  Penuh istiadat dan disusun dengan begitu teratur.

Ameera Farzana binti Abdul Rahim telah dianugerahkan Anugerah Pengetua kerana berjaya memperolehi 10A dalam Peperiksaan Percubaan SPM yang lepas.

Tahniah buat semua pelajar yang telah dianugerahkan sijil dalam Majlis Graduasi 2012.  Mudah-mudahan tahun hadapan majlis ini akan menjadi idola semua warga SMKTTJ dan menjadi majlis graduasi pelajar terbaik di Negeri Sembilan.

Elegan dan prestijnya majlis ini bersama:

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.538203596205953&type=1
0

Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan 2012

05 Oktober 2012 (Jumaat):

Setelah beberapa minggu sibuk membuat persediaan bagi memastikan majlis berjalan lancar seperti perancangan, hari ini tibalah hari kemuncak kepada acara tahunan SMK Taman Tuanku Jaafar, Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan 2012.

Majlis pada tahun ini telah menjemput YB Dato' Devamany al S.  Krishnasamy, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk merasmikan majlis tersebut.  Melalui ucapannya, Dato' Devamany telah melahirkan rasa kagum dan bangga dengan kesungguhan dan ketelitian warga guru SMKTTJ dalam dan menyusun atur segala aktiviti dan persekitaran sekolah.  Beliau juga memberitahu bahawa, antara banyak-banyak teks ucapan yang dikarang, teks ucapan oleh guru SMKTTJ merupakan antara yang terbaik dan mantap.

Beliau juga berjanji akan membantu dalam proses mempercepatkan pembinaan dewan besar sekolah yang bakal menjadi pusat segala kegiatan dan aktiviti pihak sekolah suatu hari nanti memandangkan apabila ada acara di sekolah, pihak sekolah dan ibu bapa terpaksa duduk dalam persekitaran yang sempit dan panas.

Tahniah kepada semua penerima anugerah.  Teruskan kecemerlangan anda dan buktikan kepada semua warga SMKTTJ dan masyarakat setempat dan Malaysia bahawa SMKTTJ mampu melahirkan insan-insan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir memeriahkan majlis pada tahun ini.  Terima Kasih Semua.

Kisah Lensa pada Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan SMKTTJ 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.531452786881034&type=1

Potret penerima anugerah Hari Kualiti dan Kecemerlangan SMKTTJ 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.531483680211278&type=1


0

Restu Mu Dipohon.....

03 Oktober 2012 (Rabu):

Bersama ketenangan pagi di SMK Taman Tuanku Jaafar, telah berlangsung majlis Restu Ilmu yang menjadi simbolik kepada restu dan doa para pendidik dan seluruh warga SMKTTJ buat calon PMR dan SPM 2012.

Majlis tersebut turut mengundang tetamu kehormat yang sememangnya tidak asing buat warga SMKTTJ tetapi tidak berkesempatan untuk menyingkap rahsia di sebalik kejayaannya sebagai seorang usahawan dan jutawan berjaya.  Beliau ibarat bapa kepada semua pelajar SMKTTJ dan sentiasa mendengar segala keluhan warga sekolah.   Nama Dato' Mohammad Nordin sentiasa meniti di bibir setiap warga SMKTTJ bukan kerana kehebatannya sebagai insan yang gemilang malahan peribadinya yang sederhana.

Namun, sesekali kereta Mercedes Sportnya menjalar di perkarangan SMKTTJ membuatkan setiap individu tertanya-tanya bagaimana beliau boleh begitu berjaya dan kaya.  Akhirnya, pada pagi yang indah itu terungkaplah segala rahsia Dato' yang menjadi pengerusi PIBG SMKTTJ mulai tahun 2012.  Kesabaran dan keikhlasan serta rasa tanggung jawab dan tabah dalam sesuatu usaha bakal membuahkan hasil yang lumayan.

Menjadikan beberapa nama besar Malaysia sebagai idola seperti Tun Dr Mahathir dan T.  Ananda Krishnan telah menyuntik semangat untuk semua warga SMKTTJ agar bekerja lebih keras demi mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.  Apa yang menguatkan azam dan semangat pelajar ialah kesudian Dato' untuk memberikan wang saguhati RM3,000 kepada mana-mana pelajar yang mencapai semua A dalam mata pelajaran yang diambil oleh calon PMR dan SPM.  Ini merupakan insentif yang paling lumayan pernah ditawarkan oleh seorang pemimpin dan usahawan.

Selesai ucapan kata-kata motivasi dari Dato' Nordin, majlis diteruskan dengan sesi bersalaman antara guru dan pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM.

Terima kasih kepada Dato' Mohammad Nordin kerana sudi meluangkan masa berkongsi rahsia kejayaan bersama warga SMKTTJ.

Warna-warni Majlis Restu Ilmu 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.531450816881231&type=1

Back to Top