Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2013

29 Disember 2012 (Sabtu):

Bertempat di Ruang Legar SMK Taman Tuaku Jaafar telah berlangsung pendaftaran pelajar tingkatan 1 2013.  Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Pengetua, Tuan Omar bin Ahmad dan ucapan GPK Petang, Encik Malik bin Rejab.

Pendaftaran ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pelajar, ibu bapa dan penjaga menyediakan segala keperluan pelajar yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah.  Ianya juga bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka meneroka situasi dan segala frasarana yang ada di sekolah ini serta pelajar dapat menyesuaikan diri bersama pertambahan usia sebagai remaja.

Selamat datang dan selamat belajar di SMK Taman Tuanku Jaafar kepada semua pelajar tingkatan 1 2013. Tahniah kepada mereka yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan bagi mereka yang kurang bernasib baik, di sinilah garis permulaan untuk mencorakkan kehidupan sebagai pelajar cemerlang dalam akademik mahupun sahsiah.

Selamat datang ke alam Jaafarian dari kami krew Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com

Ragam dan gaya semasa pendaftaran pelajar tingkatan 1 2013:

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.573579619335017&type=1

0

Keputusan PMR 2012

Keputusan PMR 2012

Menanti dengan penuh debar.  Tepat jam 1140 pagi, keputusan rasmi PMR 2012 digenggam erat dalam tangan tuan pengetua, Tuan Omar bin Ahmad.  Semua calon PMR 2012 berdebar menanti nama dipanggil untuk dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang 2012.

Walaupun hanya 19 calon yang mendapat keputusan keseluruhan A, ianya bukan peruntuh semangat mahupun penghalang untuk calon PMR 2013 menjulang nama SMK Taman Tuanku Jaafar sebaris dengan nama gemilang sekolah-sekolah terbilang di Negeri Sembilan.

Seramai 9 calon memberolehi B dalam satu mata pelajaran yang menyebabkan mereka tidak tersenarai sebagai pelajar memperolehi keputusan keseluruhan A.

Tahniah buat semua calon PMR 2012 yang berjaya dan anda masih berpeluang membuktikan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM nanti.

Wajah-wajah PMR 2012...
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.573570966002549&type=1
Back to Top