Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label jurufoto. Show all posts
Showing posts with label jurufoto. Show all posts
0

Sehari Sebagai Jurufoto (Part 2)

20 Oktober 2011 (Khamis)

Hari yang ditunggu telah tiba, tepat jam 0800 pagi, seramai 30 pelajar lepasan PMR dan 10 orang krew Lensa SMKTTJ telah memenuhi ruang Bilik Geografi SMKTTJ.  Inilah kursus julung-julung kalinya diadakan di SMKTTJ dan pertama juga buat Lensa SMKTTJ yang berusia 7 bulan.  Ianya juga kolaborasi bersama Panitia Geografi yang memenuhi agenda Program Selepas PMR.

Setiap kumpulan terdiri dari 3 peserta dan seorang fasilitator.  Mereka bersama-sama belajar teknik-teknik mengambil gambar menggunakan A, S, M dan P.  Puan Mastura Abdullah juga turut serta semasa kursus dijalankan untuk menimba ilmu dari seorang pelajar yang berusia 14 dan 13 tahun.  Oleh itu, ilmu tidak semestinya kita pelajari dengan mereka yang lebih dewasa sahaja dan memperlekehkan mereka yang lebih muda.  Ini terbukti, apabila seorang guru masih boleh duduk bersama untuk belajar tentang apa yang tidak diketahuinya.

Para peserta begitu teruja apabila tiba waktu untuk mengambil gambar di luar kelas.  Pihak penganjur telah menetapkan satu tema iaitu "Kehijauan Flora Di SMKTTJ" sebagai asas semasa mengambil gambar di luar untuk dipertandingkan.  Peserta yang bertuah akan mendapat wang tunai berjumlah dari RM10.00 hingga RM25.00.

Proses pengundian akan berjalan selama hampir 10 hari dan melalui 2 kaedah:
1.  Gambar-gambar akan dimuat naik ke Facebook 'Lensa SMKTTJ' untuk diundi oleh sesiapa sahaja dengan menekan butang 'LIKE'.
2.  Penganjur juga akan mempelawa beberapa orang jurufoto profesional untuk memilih pemenang tempat pertama hingga ke-3 secara internet.

Pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2011 (Isnin) sewaktu perhimpunan rasmi sekolah.  Oleh itu, dinasihatkan peserta yang telah menjalani kursus ini diharap akan dapat menghadirkan diri pada hari tersebut.

TERIMA KASIH BUAT SEMUA KREW...ADILAH, SYAZNI, PUTERI, HANAA, FAREHAN, FATEN, HANIS,AMIERA DAN HIDANA.....walaupun masih dalam situasi peperiksaan akhir tahun tetapi sanggup meluangkan waktu sebagai fasilitator....

















0

Sehari Sebagai Jurufoto

Peperiksaan PMR telah sampai ke penghujungnya.  Berakhir dengan kertas KHB bagi mereka yang tidak mengambil Bahasa Tamil telah menamatkan perjuangan semua calon PMR 2011.

Hanya tawakal dan doa yang mampu mengubah untung nasib mereka di kemudian hari.  Namun, janganlah jadikan PMR sebagai batu loncatan untuk menyatakan kegembiraan mahupun meraikannya secara berlebih-lebihan.  Ingat....dua tahun lagi bakal menyusul peperiksaan yang menentukan hala tuju dan masa depan anda iaitu SPM.

Sempena dengan Program untuk lepasan PMR, pihak Lensa SMKTTJ dan Panitia Geografi bakal menganjurkan satu program yang dipanggil 'Sehari Sebagai Jurufoto'.  Program ini bakal mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang fotografi dan akan dipilih sebagai Krew Lensa untuk masa akan datang.

Peserta juga boleh mempelajari setiap butang yang terdapat pada sebuah kamera serta mengetahui cara-cara menggunakan Aperture, Shutter speed, Exposure, White Balance, ISO dan bagaimana untuk menghasilkan gambar bokeh.

Sebanyak 30 tempat disediakan untuk pelajar lepasan PMR secara percuma dan akan dibimbing oleh 10 orang Krew Lensa SMKTTJ.

Terbahagi kepada 3 slot:
1.  Sesi bicara kamera bersama Krew Lensa

2.  Sesi fotografi (mengambil gambar di persekitaran SMKTTJ dan mengikut tema) - tema akan diberitahu sebelum sesi fotografi

3.  Sesi menghantar 2 keping gambar kepada pihak penganjur.

Pemenang akan dikira berdasarkan gambar paling kreatif dan jelas.  Pemenang bakal menerima hadiah berupa wang tunai.
Back to Top