Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label kolaborasi think quest smkttj-bandung. Show all posts
Showing posts with label kolaborasi think quest smkttj-bandung. Show all posts
0

Bandung With Love (Finale)

11 April 2012 (Rabu)

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu tiba juga.  Semalaman sebilangan peserta tidak melelapkan mata dek keterujaan.  Bukan teruja untuk melihat perahu terbalik atau berhabisan buat hari terakhir di bumi Bandung, tetapi mahu menghidu bau udara bumi Malaysia.

Jauh perjalanan di negara orang mengajar kita erti menghargai betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai warga malaysia.  Walau memiliki bahasa serumpun, makanan hampir serasa, namun budaya tetap berbeza dan lawatan ini memberi gambaran bahawa setiap rumpun bangsa mempunyai keistimewaan masing-masing.

Tepat jam 0630 pagi waktu Indonesia, semua peserta Think Quest telah berkumpul di lobi hotel.  Tetapi, seakan-akan tidak lengkap kerana peserta lelaki belum sampai di lobi.  Salah seorang guru pengiring telah meninjau bilik pelajar lelaki dan didapati mereka semua masih diulit mimpi.  Dalam masa 30 minit, mereka sempat bersiap untuk memastikan waktu bertolak ke Tangkuban Parahu tidak terlewat.

Perjalanan menuju ke Tangkuban Parahu di pagi yang sejuk membuatkan mata layu dan sebilangan peserta mula tidur.  Hampir jam 0900 pagi, perjalanan kami selamat sampai di kaki gunung dan dengan menaiki van khas akhirnya kami tiba di kawah gunung berapi Tangkuban Parahu.

Menyedut udara mengandungi belerang dan segala macam gas membuatkan kami terasa agak loya.  Namun, seakan-akan tidak berlaku apa-apa kepada penduduk yang mendiami kawasan gunung berapi ini.  Di kiri kanan didapati pokok yang tumbuh seakan-akan terbakar disebabkan oleh bahangan lava gunung berapi yang sentiasa mengeluarkan asap.

kelainan landskap di Tangkuban Parahu membuatkan kami lupa seketika rindu kepada orang tersayang di malaysia.  Apa yang tidak digunakan oleh penduduk di sini ialah kipas dan air batu.















Tepat jam 1300 petang, kami tiba semula di kota Bandung untuk menghabiskan wang yang masih berbaki di dalam poket.  Singgah sebentar di Toko Tiga untuk mencapai apa yang patut membuatkan sesi berbelanja kami terasa penat yang teramat sangat.  Sempat membeli beberapa helai jeans dan perjalanan diteruskan ke lokasi terakhir iaitu Pasar Baru.

Dalam masa tidak sampai 2 jam membuatkan sesi membeli belah begitu memenatkan.  Walaupun begitu, masih banyak barangan yang sempat usung untuk disimpan dalam bagasi bagi dijadikan cenderamata buat orang tersayang.

Tepat jam 1530 petang, kami bertolak menuju ke lapangan terbang kerana penerbangan kami ialah pada 1845 malam.





Akhirnya, kami selamat tiba di lapangan terbang Bandung untuk berlepas pulang ke Malaysia...









Terima Kasih Dari Kami pasukan Think Quest buat:

Ibu Heli
Guru dan pelajar SMPN 13
Guru dan pelajar SMAN 3
Rumah Zakat
Pesantren Aa Gym
Pengetua dan guru SMKTTJ
Pengetua dan guru SMK Jelai (F)
Pelajar Think Quest SMKTTJ
PIBG SMKTTJ
Penyumbang-penyumbang yang membantu menjayakan program ini...
0

Bandung With Love (Part 4)

10 April 2012 (Selasa)

Tahap penggunaan tenaga yang maksimum.  Masing-masing mula menunjukkan kelesuan akibat kurang tidur dan rehat.  Namun segala perancangan mesti diteruskan untuk mencapai segala yang dicita-cita iaitu menyatukan budaya dua negara juga mengemblingkan tenaga dalam membawa nama sekolah ke persada dunia.

Beralaskan roti bakar dan minuman Indocafe yang dibekalkan oleh pihak hotel, dan ada juga yang merebus Maggie yang diusung dari Malaysia untuk menguatkan pergerakan hari ke-3 di Kota Bandung.  Lokasi pertama ialah SMAN 3, iaitu salah sebuah sekolah menengah atas yang popular di Bandung terutamanya dalam aktiviti ko-kurikulum.

Apa yang istimewanya tentang SMAN 13 ialah setiap aktiviti yang dijalankan sama ada di persekitaran sekolah mahupun di luar sekolah, malahan di negara-negara luar tidak dibiayai oleh pihak sekolah.  Kos untuk pelajar bergerak di luar sekolah dan menjejak ke negara luar dikumpul sendiri oleh pelajar serta disumbang oleh para alumni.  Peranan alumninya begitu besar sehingga sekolah mampu menukar segala macam prasarana sekolah untuk memastikan adik-adik juga anak-anak yang masih bersekolah di SMAN 13 dapat belajar dalam keadaan selesa.

Berusia antara 16 hingga 19 tahun merupakan satu kelainan budaya buat kami.  Setiap kelas mempunyai pelajar seawal usia 16 tahun dan mereka belajar mengikut mata pelajaran yang dipilih terutamanya mata pelajaran fizik, biologi, kimia dan matematik bukan mengikut umur.  Malahan, kami juga terpegun apabila kesemua pelajar membawa Black Berry ke sekolah dan setiap waktu belajar mereka akan mematikannya.

Berjiran dengan SMAN 5 dan menggunakan pintu utama yang sama, menjadikan sekolah ini lebih hebat kerana masing-masing mematuhi undang-undang dan disiplin sekolah.  Setiap hari, pelajar akan membaca ayat suci Al-Quran dan solat berjemaah sebelum pulang ke rumah.  Warga SMAN 13 berjumlah kurang 900 orang juga menyediakan pusat percetakan atau fotostat supaya pelajar yang memerlukan bahan-bahan pembelajaran dapat melakukannya di pusat tersebut.

Borkonsepkan bangunan kolonial (Hindia-Belanda) yang dibangunkan tahun 1916 yang berfungsi menjadi tempat persekolahan anak-anak Belanda golongan pertengahan dan kini menjadi tempat belajar 2 sekolah iaitu SMUN 3 di bahagian Barat dan SMUN 5 di bahagian Timur.

Rombongan kami dibawa oleh Ibu Heli dan disambut oleh Kepala Sekolah iaitu Drs.  H.  Enceng dan para guru.  Walaupun kawasannya tidak begitu luas tetapi keceriaan dan kebersihan persekitarannya membuatkan kami terpegun kerana pelajarnya begitu berdisiplin dalam menjaga segala prasarana sekolah.  Semangat berdikari atau mandiri para pelajarnya harus menjadi sebahagian daripada asas dalam sistem pembelajaran sekolah-sekolah di Malaysia supaya setiap dari kita tahu untuk menghargai dan dihargai dan tidak bergantung harap kepada orang lain sekiranya kita mahu maju ke hadapan.

















Perjalanan diteruskan ke lokasi berikutnya iaitu Rumah Zakat yang dibangunkan untuk membantu penduduk yang miskin di seluruh Bandung malahan Indonesia.  Dalam perjalanan menuju ke rumah zakat, kami telah menerima satu pesanan ringkas dari Malaysia yang bertarikh 09 April 2012.  Salah seorang rakan kami iaitu Puan Fadhilah Hashim telah kehilangan orang tersayang, Encik Azmi, yang telah kembali ke rahmatullah.  Doa kami di perantauan moga Puan Fadhilah dan keluarga tabah mengahadapi dugaan Allah atas pemergian suami yang dicintai.

Kami tiba di perkarangan masjid Rumah Zakat dan mengerjakan solat Zuhur serta Asar.  kemudian kami dibawa ke pejabat urusan Rumah Zakat dan disambut oleh Ibu Azla (maaf kalau berlaku kesilapan).  Rombongan diberi penerangan tentang peranan dan kepentingan Rumah Zakat dalam membangunkan ekonomi masyarakat Islam di Indonesia.

Selepas sesi videografi bersama RTM yang dikendalikan oleh Encik Dzul Hanafiah dan Encik Md Shah, kami bergerak ke Sekolah Dasar iaitu sekolah kendalian Rumah Zakat.  Di sini kami begitu tersentuh melihat segala prasarana sekolah yang digunapakai semula oleh pihak pentadbiran dan segala kreativiti membuatkan pelajar tidak mengeluh mahupun memberi sebarang komen pada apa kekurangan yang ada.

Oleh itu, sebagai warga yang mana negaranya lebih maju dan mampu meretasi halangan kemiskinan, kita seharusnya menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin demi memartabatkan diri dan masyarakat di mata dunia.


















Jam menunjukkan hampir pukul 4 petang waktu Indonesia dan kami memandang muka sesama sendiri sewaktu perjalanan ke Pesantren Aa Gym kerana ruangan perut kami sudah kosong tanpa isinya.  Ketua rombongan kami, Tuan Omar sempat bertanya sama ada kami mahu makan di mana-mana kedai makan tetapi disebabkan mahu menamatkan misi sebelum hari malam, kami tangguhkan sesi makan untuk tidak melenggah-lenggahkan waktu.

Jelas raut wajah ahli rombongan begitu penat tetapi kadang-kadang kami terhibur apabila sesekali kami melambai tangan kepada pengguna jalan raya dan mereka membalas lambaian kami.  Kami juga terhibur dengan gelagat masyarakat Bandung yang berurus niaga di sisi jalan kerana di Malaysia situasi begitu sukar didapati.

Akhirnya,kami sampai di Pesanten Aa Gym atau Darrut Tauhid iaitu rumah pondok moden yang menyediakan kemudahan hotel untuk para tetamu yang bertandang ke Bandung, hostel untuk pelajar yang belajar ilmu keagamaan iaitu mengenai Islam serta hostel kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar ilmu agama di Darrut Tauhid.  Kami disambut oleh Aep Saipudin yang banyak memberi informasi berguna kepada ahli rombongan.

Aa Gym ialah nama bagi pengasas Darrut Tauhid iaitu KH.  Abdullah Gymnastiar yang tidak mahu dirinya dipanggil Kiai mahupun ustaz dan mempunyai 7 orang anak serta 5 orang anak angkat.  Berkonsepkan Kalbu yang mempunyai moto Dzikir, Fikir dan Ikhtiar, Darrut Tauhid telah mengembangkan sayapnya ke Jakarta dan Batam.













Berakhir sudah penerokaan kami di Pesantren Aa Gym dan kini kami menuju ke Kampung Daun.  Perjalanan mengambil masa hampir 40 minit dan menuju ke puncak bukit di Utara Bandung.  Kiri kanan perjalanan yang makin suram menampakkan suasana seakan-akan menuju ke Cameron Highland kerana terdapat pelbagai jualan bungaan terutamanya orkid.  Suhu semakin sejuk dan jam menunjukkan hampir pukul 7 malam.  

Setibanya kami di Restauran Kampung Daun yang dipenuhi oleh pokok paku pakis serta pelbagai spesies tumbuhan gunung membuatkan kami terasa berada di hutan belantara.  Sempat membeli buah strawberi yang ditanam di tanih lava bes dan bila memakannya buat pertama kali, kami ingatkan buah strawberi dijeruk dengan air gula tetapi kemanisannya disebabkan oleh kesuburan tanih lava bes yang hanya terdapat di bumi Jawa.

Perut telah menyanyikan lagu keroncong dan apa lagi, kami mula memesan makana yang tidak pernah ditemui dan dirasai di Malaysia.  Harganya...kami lupakan buat seketika kerana masing-masing telah memperuntukkan lebih 100,000 rupiah untuk menikmati makanan di Restauran Kampung Daun.

Satu persatu makanan dan minuman yang dipesan tiba di meja tempat kami duduk.  Dalam sekelip mata juga makanan tadi habis dimakan beramai-ramai kerana kelaparan.  Makan dalam keadaan santai sambil berbaring terasa seperti golongan berada ataupun bangsawan zaman dahulu kala.  Keenakan air buahnya begitu terasa kerana tidak dicampur dengan ais.

Setelah menikmati makan malam yang begitu menyelerakan, akhirnya kami berangkat pulang ke hotel untuk mengemas bagasi kerana esoknya kami akan keluar dari hotel mulai jam 7 pagi untuk menjejak bumi Tangkuban Parahu.














Back to Top