Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label kursus. Show all posts
Showing posts with label kursus. Show all posts
0

LDP - Bengkel Pengendalian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS )

Sabtu, 18 Jun 2011

Hari Sabtu kali ini diisi dengan satu lagi LDP khusus buat semua guru-guru SMKTTJ.  Seawal jam 7.30 pagi, guru-guru mula memenuhi perkarangan SMKTTJ bagi menghadirkan diri ke Bengkel Pengendalian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ). LDP yang dianjurkan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan SMKTTJ ini adalah bertujuan untuk mendedahkan guru-guru dengan cara mengendalikan SAPS secara talian terus dan meningkatkan pengetahuan guru tentang SAPS dan dapat menggunakan sistem ini secara menyeluruh.

Barisan fasilitator diketuai oleh Pn. Noraishah Safiei dengan dibantu oleh Pn. Asyirah Zakaria, Pn. Rohayu Mustafa, Pn. Shara'yah Mansor dan Pn. Yati Syuhaida Yazid. Guru-guru telah diberi taklimat pengendalian SAPS terlebih dahulu. Selepas rehat, guru-guru mula berpecah mengikut kumpulan. 

Lokasi yang terlibat adalah di Bilik Konferensi, Pusat Sumber Sekolah dan Makmal Komputer. Guru-guru tingkatan bertanggungjawab untuk memastikan data kelas masing-masing adalah lengkap dan seterusnya guru mata pelajaran akan mendaftarkan mata pelajaran yang diajar di setiap kelas dan memasukkan markah bagi Ujian Bulanan 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan TOV / ETR bagi tahun 2011. 

Dengan penggunaan SAPS ini, sistem kemasukan markah pelajar yang digunapakai sebelum ini iaitu ISIS sudah tidak digunakan lagi. Sistem SAPS yang baru ini dilihat lebih efisyen dan membantu tugas guru memasukkan markah peperiksaan dengan lebih cepat dan tidak perlu mengambil giliran di Bilik Peperiksaan.

Krew Lensa sempat merakam detik-detik ketika LDP ini dijalankan :





































0

Cuti Sekolah dan Kursus

Bermula 28 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011, cuti pertengahan semester pertama akan bermula.  Maka, bakal bergembira dan berpusu-pusu sama ada pelajar mahupun ibu dan bapanya menuju ke destinasi yang telah dirancang selama ini.


Krew Lensa mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat bercuti' kepada semua warga SMK Taman Tuanku Jaafar iaitu para pelajar dan tenaga pengajar.  Barang kali anda sedang mencari destinasi percutian....Apa kata sesekali ubah citarasa, berkunjunglah ke tempat-tempat berikut:


Dalam pada itu, musim cuti tidak diistilahkan sebagai cuti buat tenaga pengajar kerana sebilangan mereka akan menghadiri beberapa siri kursus untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan bagi mengisi minda para anak didiknya.  Kursus tersebut ialah:

1.  Kursus Pembinaan Blog ~ 30 Mei 2011 (Isnin):  0800 pagi hingga 0500 petang, bertempat di SMK Taman Tuanku Jaafar ~ tenaga pengajar dari SMK Jelai (F) dan PKG Seremban

2.  Kursus DSLR  ~ 31 Mei hingga 03 Jun 2011 (Selasa - Jumaat):  0800 pagi hingga 0500 petang , bertempat di ADTEC, Melaka

Bakal menyusul:

1.  Kursus Fotografi Krew Lensa SMKTTJ ~ 2 hari (21 jam)

2.  Sukan Sekolah ~ Jun 2011

3.  1 Murid 1 Sukan ~ Julai 2011

SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT BERKURSUS DARI KAMI:

KREW LENSA SMKTTJ.......
Back to Top