Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label perkhemahan. Show all posts
Showing posts with label perkhemahan. Show all posts
0

Perkhemahan Perdana (Part 2)

Hanya Lensa Menceritakan Segalanya:
























0

Perkhemahan Perdana

08, 09 dan 10 Julai 2011

Bertempat di persekitaran SMK Taman Tuanku Jaafar dengan jayanya acara tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Perdana telah dijalankan.  Seramai 131 orang peserta telah mengikuti perkhemahan perdana tersebut.

Bermula dengan pendaftaran, kemudian peserta dikumpulkan mengikut kumpulan untuk ice breaking dan diikuti membina khemah dan makan malam.  Pada sebelah malamnya, peserta diberi tugasan membina identiti kumpulan dan bendera kumpulan.

Hari kedua bermula dengan solat subuh dan senaman pagi.  Peserta kemudiannya mengikuti acara ikhtiar hidup, tali temali dan pertolongan cemas.  Malamnya, peserta mempersembahkan kreativiti kumpulan melalui pentomin, monolog, sajak dan nyanyian.

Hari ketiga iaitu hari terakhir dimulakan dengan treasure hunt dan diakhiri dengan majlis penutupan yang dihadiri oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Seremban.

















0

Perkhemahan Perdana KaPa Negeri Sembilan

20 hingga 23 Jun 2011


Bertempat di Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan, satu perkhemahan perdana telah dijalankan selama 4 hari.  SMK Taman Tuanku Jaafar telah menghantar satu pasukan KaPa yang diiringi oleh Puan Norazian Mustaffar kamar.  


Sepanjang perkhemahan, peserta telah didedahkan dengan pelbagai kaedah menyelamat seperti menyelamat mangsa kemalangan, kebakaran dan pelbagai teknik lainnya.  Peserta juga telah mengambil bahagian dalam pertandingan kawat kaki.


3 orang pelajar SMKTTJ telah terpilih untuk menyertai kontinjen Negeri Sembilan dalam Perkhemahan Integrasi Kadet Pertahanan Awam (KaPA) yang akan diadakan di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang akan diadakan dari 2-7 Julai 2011.


Pelajar tersebut ialah Nur Shaira Anum (pertolongan cemas), Nur Atikah Ain dan Farah Wahidah dalam pertandingan Kawad Kaki (perempuan) serta seorang guru SMKTTJ juga akan menjadi 
guru pengiring kontinjen Negeri Sembilan dalam perkhemahan tersebut































































Back to Top