Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Perkhemahan Perdana

08, 09 dan 10 Julai 2011

Bertempat di persekitaran SMK Taman Tuanku Jaafar dengan jayanya acara tahunan sekolah iaitu Perkhemahan Perdana telah dijalankan.  Seramai 131 orang peserta telah mengikuti perkhemahan perdana tersebut.

Bermula dengan pendaftaran, kemudian peserta dikumpulkan mengikut kumpulan untuk ice breaking dan diikuti membina khemah dan makan malam.  Pada sebelah malamnya, peserta diberi tugasan membina identiti kumpulan dan bendera kumpulan.

Hari kedua bermula dengan solat subuh dan senaman pagi.  Peserta kemudiannya mengikuti acara ikhtiar hidup, tali temali dan pertolongan cemas.  Malamnya, peserta mempersembahkan kreativiti kumpulan melalui pentomin, monolog, sajak dan nyanyian.

Hari ketiga iaitu hari terakhir dimulakan dengan treasure hunt dan diakhiri dengan majlis penutupan yang dihadiri oleh wakil Pegawai Pelajaran Daerah Seremban.

















0 comments:

Post a Comment

Back to Top