Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2013

29 Disember 2012 (Sabtu):

Bertempat di Ruang Legar SMK Taman Tuaku Jaafar telah berlangsung pendaftaran pelajar tingkatan 1 2013.  Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Pengetua, Tuan Omar bin Ahmad dan ucapan GPK Petang, Encik Malik bin Rejab.

Pendaftaran ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pelajar, ibu bapa dan penjaga menyediakan segala keperluan pelajar yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah.  Ianya juga bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka meneroka situasi dan segala frasarana yang ada di sekolah ini serta pelajar dapat menyesuaikan diri bersama pertambahan usia sebagai remaja.

Selamat datang dan selamat belajar di SMK Taman Tuanku Jaafar kepada semua pelajar tingkatan 1 2013. Tahniah kepada mereka yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan bagi mereka yang kurang bernasib baik, di sinilah garis permulaan untuk mencorakkan kehidupan sebagai pelajar cemerlang dalam akademik mahupun sahsiah.

Selamat datang ke alam Jaafarian dari kami krew Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com

Ragam dan gaya semasa pendaftaran pelajar tingkatan 1 2013:

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.573579619335017&type=1

0

Keputusan PMR 2012

Keputusan PMR 2012

Menanti dengan penuh debar.  Tepat jam 1140 pagi, keputusan rasmi PMR 2012 digenggam erat dalam tangan tuan pengetua, Tuan Omar bin Ahmad.  Semua calon PMR 2012 berdebar menanti nama dipanggil untuk dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang 2012.

Walaupun hanya 19 calon yang mendapat keputusan keseluruhan A, ianya bukan peruntuh semangat mahupun penghalang untuk calon PMR 2013 menjulang nama SMK Taman Tuanku Jaafar sebaris dengan nama gemilang sekolah-sekolah terbilang di Negeri Sembilan.

Seramai 9 calon memberolehi B dalam satu mata pelajaran yang menyebabkan mereka tidak tersenarai sebagai pelajar memperolehi keputusan keseluruhan A.

Tahniah buat semua calon PMR 2012 yang berjaya dan anda masih berpeluang membuktikan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM nanti.

Wajah-wajah PMR 2012...
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.573570966002549&type=1
0

Hari Graduasi SMKTTJ 2012

18 Oktober 2012 (Khamis):

Hari yang ditunggu telah tiba.  Segala perancangan yang disusun selama 9 bulan kini telah membuahkan hasilnya.  Hari ini lahirlah hasil sulung jerit perih dan perahan keringat serta idea semua warga pendidik SMKTTJ demi melaksanakan satu majlis yang bersejarah.  Majlis ini bersejarah kerana sepanjang 11 tahun SMKTTJ beroperasi, inilah kali pertama ianya diadakan.  Bersejarah juga kerana seramai 237 pelajar diberi sijil selepas 5 tahun belajar di peringkat sekolah menengah.

Debaran kalau-kalau majlis yang julung kalinya ini banyak cacat cela, debaran kalau-kalau majlis sulung ini tidak sesempurna seperti perancangan.  Akhirnya, orang yang dinantikan tiba dengan senyuman, YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar tiba di perkarangan Pusat Pelajar INTI International University.  Beliau disarungkan dengan jubah berwarna hitam pekat dan dipakaikan topi bagai seorang canselor.  Berjalan gagah menuju pentas utama bersama perarakan bunga pahar dan cokmar.  Duduk di pentas utama bersama para dif kehormat dan pentadbiran SMKTTJ, majlis tampak gah dan berprestij walaupun ianya sentuhan pertama.

Menguatkan pandangan mata kasar tetamu, dalam ucapan perasmian YB Tuan Haji Khairy, beliau juga memberitahu bahawa ini adalah majlis graduasi paling elegan yang pernah beliau hadir.  Penuh istiadat dan disusun dengan begitu teratur.

Ameera Farzana binti Abdul Rahim telah dianugerahkan Anugerah Pengetua kerana berjaya memperolehi 10A dalam Peperiksaan Percubaan SPM yang lepas.

Tahniah buat semua pelajar yang telah dianugerahkan sijil dalam Majlis Graduasi 2012.  Mudah-mudahan tahun hadapan majlis ini akan menjadi idola semua warga SMKTTJ dan menjadi majlis graduasi pelajar terbaik di Negeri Sembilan.

Elegan dan prestijnya majlis ini bersama:

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.538203596205953&type=1
0

Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan 2012

05 Oktober 2012 (Jumaat):

Setelah beberapa minggu sibuk membuat persediaan bagi memastikan majlis berjalan lancar seperti perancangan, hari ini tibalah hari kemuncak kepada acara tahunan SMK Taman Tuanku Jaafar, Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan 2012.

Majlis pada tahun ini telah menjemput YB Dato' Devamany al S.  Krishnasamy, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk merasmikan majlis tersebut.  Melalui ucapannya, Dato' Devamany telah melahirkan rasa kagum dan bangga dengan kesungguhan dan ketelitian warga guru SMKTTJ dalam dan menyusun atur segala aktiviti dan persekitaran sekolah.  Beliau juga memberitahu bahawa, antara banyak-banyak teks ucapan yang dikarang, teks ucapan oleh guru SMKTTJ merupakan antara yang terbaik dan mantap.

Beliau juga berjanji akan membantu dalam proses mempercepatkan pembinaan dewan besar sekolah yang bakal menjadi pusat segala kegiatan dan aktiviti pihak sekolah suatu hari nanti memandangkan apabila ada acara di sekolah, pihak sekolah dan ibu bapa terpaksa duduk dalam persekitaran yang sempit dan panas.

Tahniah kepada semua penerima anugerah.  Teruskan kecemerlangan anda dan buktikan kepada semua warga SMKTTJ dan masyarakat setempat dan Malaysia bahawa SMKTTJ mampu melahirkan insan-insan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir memeriahkan majlis pada tahun ini.  Terima Kasih Semua.

Kisah Lensa pada Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan SMKTTJ 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.531452786881034&type=1

Potret penerima anugerah Hari Kualiti dan Kecemerlangan SMKTTJ 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.531483680211278&type=1


0

Restu Mu Dipohon.....

03 Oktober 2012 (Rabu):

Bersama ketenangan pagi di SMK Taman Tuanku Jaafar, telah berlangsung majlis Restu Ilmu yang menjadi simbolik kepada restu dan doa para pendidik dan seluruh warga SMKTTJ buat calon PMR dan SPM 2012.

Majlis tersebut turut mengundang tetamu kehormat yang sememangnya tidak asing buat warga SMKTTJ tetapi tidak berkesempatan untuk menyingkap rahsia di sebalik kejayaannya sebagai seorang usahawan dan jutawan berjaya.  Beliau ibarat bapa kepada semua pelajar SMKTTJ dan sentiasa mendengar segala keluhan warga sekolah.   Nama Dato' Mohammad Nordin sentiasa meniti di bibir setiap warga SMKTTJ bukan kerana kehebatannya sebagai insan yang gemilang malahan peribadinya yang sederhana.

Namun, sesekali kereta Mercedes Sportnya menjalar di perkarangan SMKTTJ membuatkan setiap individu tertanya-tanya bagaimana beliau boleh begitu berjaya dan kaya.  Akhirnya, pada pagi yang indah itu terungkaplah segala rahsia Dato' yang menjadi pengerusi PIBG SMKTTJ mulai tahun 2012.  Kesabaran dan keikhlasan serta rasa tanggung jawab dan tabah dalam sesuatu usaha bakal membuahkan hasil yang lumayan.

Menjadikan beberapa nama besar Malaysia sebagai idola seperti Tun Dr Mahathir dan T.  Ananda Krishnan telah menyuntik semangat untuk semua warga SMKTTJ agar bekerja lebih keras demi mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.  Apa yang menguatkan azam dan semangat pelajar ialah kesudian Dato' untuk memberikan wang saguhati RM3,000 kepada mana-mana pelajar yang mencapai semua A dalam mata pelajaran yang diambil oleh calon PMR dan SPM.  Ini merupakan insentif yang paling lumayan pernah ditawarkan oleh seorang pemimpin dan usahawan.

Selesai ucapan kata-kata motivasi dari Dato' Nordin, majlis diteruskan dengan sesi bersalaman antara guru dan pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM.

Terima kasih kepada Dato' Mohammad Nordin kerana sudi meluangkan masa berkongsi rahsia kejayaan bersama warga SMKTTJ.

Warna-warni Majlis Restu Ilmu 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.531450816881231&type=1

0

Program Munajat Kecemerlangan PMR dan SPM 2012

27 September 2012 (Khamis):

Hanya menghitung saat dan ketika untuk mereka duduk dalam dewan peperiksaan bagi menunaikan tanggungjawab sebagai calon PMR dan SPM 2012.

Segala tips pembelajaran, panduan terakhir serta segala macam petua telah diberikan kepada semua anak didik oleh semua guru SMK Taman Tuanku Jaafar.  Ada juga dalam kalangan pelajar yang hari-hari tiba di sekolah dengan mata ala-ala mata panda China kerana kurang tidur (satu teknik pembelajaran yang kurang tepat).  Malah ada juga pelajar yang bertindak mengasingkan diri dari bersosial bersama rakan, setiap saat dan detik menghadap buku (juga bukan kaedah pembelajaran yang tidak sepatutnya diamalkan) demi memastikan dia berjaya cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Apa pun perancangan pembelajaran anda, sebagai seorang manusia yan berpaksikan kepada Yang Satu, kita tidak boleh mengetepikan kepercayaan kita kepada kurniaan Allah.  Oleh hal demikian, Doa dan sujud kepada Maha Pencipta merupakan satu-satu jalan terbaik demi memastikan kejayaan menjadi milik kita.

Bersama Panitia Pendidikan Islam, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Tuanku Jaafar dan Masjid Taman Tuanku Jaafar telah mengadakan majlis munajat kecemerlangan untuk pelajar PMR dan SPM bertempat di Masjid Taman Tuanku Jaafar.  Majlis bacaan yaasin dan solat hajat dipimpin oleh Imam Tuan Haji Madah bin IIong, imam Masjid Taman Tuanku Jaafar.

Tazkirah motivasi kecemerlangan pula dipimpin oleh Ustaz Mohd Hapizi bin Mohamad Ali, dari Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam JPNS.

Pihak krew Lensa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SMKTTJ yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

Selamat menduduki peperiksaan buat semua calon PMR dan SPM 2012.

Ikuti penceritaan melalui Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.528678243825155&type=1
0

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri

14 September 2012 (Jumaat);

Syawal telah menghampiri penghujungnya dan tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua warga SMK Taman Tuanku Jaafar iaitu Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri.

Majlis kali ini agak berbeza kerana dihadiri oleh beberapa orang tetamu kehormat seperti Yang Berbahagia Dato' Firdaus Harun, Encik Hafis dan Encik Faisal dari Cosmopoint, Encik Mana dan Encik Asri Ninggal dari Maybank, Encik Aminuddin dari SKF, Cif Inspektor Jusman dari Balai Polis Senawang serta para tetamu kehormat lain yang berbesar hati meluangkan masa dalam majlis kami.

Program pada hari bermula pada seawal jam 7.15 pagi dengan aktiviti baca surah yasiin , diikuti solat dhuha dan solat hajat. Seterusnya para pelajar diberikan sedikit taskirah pagi bagi memenuhi ruang waktu sementara kehadiran tetamu undangan. Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu yang Berbahagia Dato Firdaus Harun ( Bekas ahli Parlimen Rembau). Seterusnya ia diikuti dengan bacaan doa dan ucapan ringkas daripada Tuan pengetua. Dalam ucapannya , Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran para tetamu undangan dan seluruh warga sekolah serta mengucapkan selamat hari raya aidil Fitri Maaf zahir Batin. Beliau seterusnya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran tetamu undangan dan ia amat bersesuaian sekali dengan nama majlis iaitu 'Jalinan Mesra Aidil Fitri', yang bermaksud di antara tujuan majlis itu ialah untuk menjalinkan hubungan antara sekolah dan masyarakat, komuniti dan agensi swasta dan kerajaan, untuk sama-sama berganding bahu untuk mencemerlangkan sekolah. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan semua agensi swasta, kerajaan dan kolej-kolej ini yang termasuk di dalam rakan kolaborasi sekolah, sebagaiu tanda terima kasih di atas bantuan mereka selama ini

Pihak Lensa SMKTTJ mewakili warga SMKTTJ merakamkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang sudi memeriahkan majlis kali ini.

Salam Aidilfitri buat semua.

Warna warni Jalinan Aidilfitri ditatap di :

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.524976970861949&type=1
0

Latihan Kebakaran Bersama Samsung

08 September 2012 (Sabtu):

Sempena persekolahan ganti hari Sabtu, pihak sekolah telah menjemput beberapa orang pakar dalam bidang operasi kebakaran dari Syarikat Samsung untuk memberi taklimat dan latihan kebakaran kepada warga SMK Taman Tuanku Jaafar.

Pendedahan tentang kebakaran adalah sesuatu yang penting kepada pelajar kerana malapetaka ini boleh berlaku bila-bila masa tanpa memberi sebarang petanda.  Pihak Samsung juga menunjukkan cara untuk memberi bantuan pernafasan sekiranya mangsa terperangkap di dalam asap semasa kebakaran.

Pihak Lensa SMKTTJ mengucapkan ribuan terima aksih kepada pegawai Samsung yang terlibat.

Ikuti rentetan peristiwa melalui:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.523648867661426&type=1

0

Sentuhan Terakhir Guru

08 September hingga 27 September 2012:

Sebaik kembali semula ke sekolah selepas menyambut Syawal nan indah, kini tiba giliran PMR yang sedang menunggu nun di hujung barisan.  Dalam 3 minggu lagi calon PMR akan menghadapi peperiksaan yang akan menentu nasib para pelajar sama ada bakal menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh, sekolah teknik atau meneruskan persekolah di SMK Taman Tuanku Jaafar.

Beberapa sentuhan terakhir telah disusun untuk memastikan calon PMR meraih kejayaan yang cemerlang penghujung Disember nanti.  Antara program terakhir yang disusun untuk calon PMR 2012 ialah:

1.  Perkampungan Ilmu Siri 2 - 08 September 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.522028091156837&type=1
Perkampungan Ilmu siri 2 dijalankan untuk 4 kelas sederhana iaitu 3 USM, 3 UPM, 3 UTM dan 3 UITM.

2.  Klinik Matematik untuk pelajar sederhana - 08 September 2012

3.  Klinik mata pelajaran - 10 September hingga 27 September 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.522042187822094&type=1
Klinik mata pelajaran dijalankan setiap 2 waktu awal persekolahan dan 2 waktu selepas rehat.  Klinik ini terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu miss near cemerlang (markah 65 hingga 75) dan miss near lulus (markah 30 hingga 39).

Semoga semua calon PMR 2012 akan memanfaatkan sebaik mungkin aktiviti yang disusun oleh para guru demi memastikan kecemerlangan menjadi milik anda.
0

Rentetan Peristiwa Ogos 2012

Sepanjang Ogos 2012 adalah bulan yang agak pasif buat semua krew.  Ini kerana bulan ini merupakan bulan Peperiksaan untuk calon PMR dan SPM, bulan untuk menyiapkan segala aksesori bagi menyambut hari Lebaran, bulan untuk memperbanyakkan ibadat kerana Ramadhan akan meninggalkan kita, dan Ogos bulan mempersiapkan minda......Malaysia akan menyambut hari kelahiran ke - 55.

Peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ogos ialah:

1.  Majlis Perpisahan Puan Pakyavathy - 02 Ogos 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.518794181480228&type=1

2.  Majlis Tadarus Perdana dan Khatam Al-Quran Perdana - 08 Ogos 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.518795098146803&type=1

3.  Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah - 15 Ogos 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.519224918103821&type=1

4.  Penyerahan TV dan LCD Samsung oleh Samsung SDMA - 28 Ogos 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.519228931436753&type=1

5.  Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Perhimpunan Khas Sempena Kemerdekaan - 30 Ogos 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.519231358103177&type=1

Salam Syawal dari semua krew Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com

Selamat menghadapi Peperiksaan buat semua calon PMR dan SPM 2012

0

Lawatan BTP KPM ke SMKTTJ

10 Julai 2012 (Selasa):

Aduh.....penat berniaga macam-macam selama 2 hari sempena Karnival Gegar Ria belum pun hilang walaupun semalam cuti.  Pagi-pagi lagi semua warga SMKTTJ ke padang untuk acara senamrobik 1Malaysia.  Walaupun bersenam, hati berdebar-debar menunggu ketiba rombongan seramai 100 peserta BTP dari Port Dickson ke SMKTTJ.

Inilah pertama kalinya sekolah dikunjungi oleh 100 orang pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Kegiatan Guru seluruh Malaysia yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di BTP Port Dickson.  Kunjungan ini bertujuan untuk melihat pembudayaan ict yang dibawa oleh tuan pengetua, Tuan Omar bin Ahmad.

Tepat jam 0930 pagi, dua buah bas dan kenderaan persendirian telah sampai di perkarangan sekolah.  Apa lagi, di sini bermulalah wajah SMKTTJ iaitu dengan disambut oleh 30 krew Lensa SMKTTJ yang mengabadikan wajah-wajah pegawai melalui lensa masing-masing.  Apa yang pasti, krew lensa mula teruja apabila melihat sesetengah pegawai yang mengendong Nikon D4 dengan telefoto dan mereka (BTP) juga terpegun dengan aksi-aksi krew Lensa.

Para pegawai di bawa ke Balai Konferensi untuk diberi taklimat ringkas oleh tuan pengetua dan seterusnya melawat beberapa buah bilik yang berkaitan dengan pembudayaan ict. Tidak lengkap bila tetamu pulang tanpa menyentuh makanan.  Pihak sekolah telah menyediakan nasi berlaukkan masak lemak cili api dan sambal belacan untuk dinikmati oleh para tetamu.

Apa yang membuatkan kami agak terharu ialah apabila salah seorang pegawai begitu berminat dengan vest yang dikenakan oleh krew dan untuk tidak mengecewakan mereka yang datang nun dari Sibu, Sarawak, vest tersebut telah selamat berada di Sibu sekarang.

Ada juga krew yang mengambil kesempatan mencungkil rahsia untuk menjadi jurufoto yang kreatif daripada beberapa orang pegawai.

Akhir kalam,ampun dan maaf sekiranya sambutan kami tidak seberapa.  Buah tangan kami tidak bermakna dan hidangan kami tidak berasa.  Kepincangan adalah dari pihak kami dan usah serik-serik untuk berkunjung kembali.  Terima kasih kerana sudi ke sekolah kami, SMK Taman Tuanku Jaafar, Sungai gadut, Negeri Sembilan.

Aksi Senamrobik 1Malaysia:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.495732120453101&type=1

Wajah-wajah Pegawai BTP dan PKG KPM.....:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.495734627119517&type=1
0

Mereka Ahli Syurga.....

13 Julai 2012 (Jumaat):

Petang yang indah dan tenang ini adalah saat yang begitu tepat untuk melelapkan mata, namun demi menjalankan satu lagi tanggungjawab sosial kepada mereka yang memerlukan, kami tidak berkesempatan untuk melayan kehendak mata.

Beberapa orang guru, Puan Jarayah, Puan Rohayati, Puan Noridah, Cik Khalila dan Puan Sabariah mula bergerak menuju ke teratak yang menempatkan seramai 15 penghuni syurga.  Kunjungan petang ini merupakan kunjungan santai dengan tujuan untuk meraikan dan menceriakan kehidupan adik-adik di Rumah Harapan Taman Tuanku Jaafar.

Ketibaan kami para guru dan 10 orang pelajar disambut dengan senyuman olhe Dato' dan Datin.  Terpegun dengan kesabaran dan keikhlasan mereka untuk membela dan mendidik anak-anak istimewa ini membuatkan kami terfikir, alangkah indahnya hidup ini kalau semua manusia mempunyai ketulusan hati seperti dato' dan datin.

Sebelum menjamu selera makanan yang di bawa bersama adik-adik, kami memulakan tugasan dengan mengemas tempat tidur mereka.  Segala sampah sarap telah kami punggah, segala kekotoran telah kami padamkan demi memastikan mereka juga masih berpeluang hidup selesa seperti kami.

Bau wangi ayam goreng KFC, meehon goreng, karipap goreng dan air oren membuatkan segala kerja perlu disiapkan secepat mungkin.  Tepat jam 0430 petang, kami telah menjamu selera bersama mereka yang istimewa di Rumah Harapan.

Terima kasih kepada Dato' dan Datin, pihak koperasi SMKTTJ serta guru-guru dan pelajar yang terlibat.  Kita berjumpa lagi nanti...

Tenunglah wajah mereka:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.495722377120742&type=1
0

Perjumpaan Profesional 3 penjuru

28 Jun 2012 (Khamis):

Majlis perjumpaan tiga penjuru, guru, ibu bapa dan pelajar telah diatur dengan rapi.  Majlis yang bermula jam 1100 pagi ini memberi ruang kepada ketiga-tiga pihak untuk menyuarakan apa yang perlu ambil tindakan bagi memastikan pelajar sentiasa cemerlang di dalam peperiksaan.

Dalam majlis tersebut juga ibu bapa boleh berbincang dari hati ke hati dengan para guru dalam menyelesaikan permasalahan yang wujud semasa seseorang pelajar masih di bangku persekolahan.  Situasi ini memberi satu persefahaman dan persepakatan demi menjamin proses pembelajaran dan pengajaran berjalan landar di dalam bilik darjah.

Lihatlah wajah-wajah di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.495716390454674&type=1
0

Karnival Gegar Ria SMKTTJ 2012

07 dan 08 Julai 2012 (Sabtu dan Ahad):

Buat pertama kalinya, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SMKTTJ, bidang kemanusiaan, bidang teknik dan vokasional, bidang sains dan matematik dan bidang bahasa, koperasi SMKTTJ serta kelab dan persatuan telah bergabung dan bersatu tenaga mengadakan Karnival Gegar Ria SMKTTJ 2012.

Karnival selama 2 hari ini telah mengamit pengunjung yang ramai terutama pelajar dan ibu bapa serta komuniti setempat.  Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh Lensa SMKTTJ, pertandingan memasak anjuran bidang teknik dan vokasional, pertandingan mewarna anjuran Panitia Seni, serta pelbagai pertandingan yang mendapat sambutan menggalakkan.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Puan Hajah Kalsom binti Khalid, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan.  Majlis ini juga menyaksikan perasmian program untuk pelajar cemerlang tingkatan 1 hingga 5 yang diberi nama Gemuruh Jiwa Semangat Membara.  Pihak pentadbiran yang diketuai oleh Tuan Omar bin Ahmad mengetuai majlis menerima pelajar cemerlang sebagai mentee.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis yang penuh gemilang ini.  Walaupun karnival ini merupakan majlis julung kalinya tetapi kemeriahannya tetap terasa sampai bila-bila.

Coretan Lensa pada 07 Julai 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.494273927265587&type=1

Hasil 'klik' lensa pada 08 Julai 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.494290657263914&type=1
0

Tahniah...Mereka Cemerlang

05 Julai 2012 (Khamis):

Bertempat di Auditorium Kompelks Penyiaran Tunku Muhammad Sungai Gadut, telah berlangsung majlis penyerahan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk para pendidik daerah Seremban.  Majlis telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Mohammed Najeeb bin Abdullah, Ahli Dewan Negara.

Tahniah dari kami lensa SMKTTJ kepada 9 orang tenaga pengajar SMKTTJ iaitu Puan Fadhilah binti Hashim, Puan Rohayu binti Mustafa, Puan Noraishah binti Safiei, Puan Rosiah binti Hasan, Puan Asyirah binti Zakaria, Puan Noor Azian binti Abd Hani, Puan Sabariah binti Seman dan Encik Uthama Kumaran al Sinnathamby.

Semoga kecemelangan anda menjadi role model dan mentor kepada semua pelajar dan warga SMKTTJ.
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.494261640600149&type=1

0

Penyerahan Al-Quran:Simbolik Khatam Quran Perdana SMKTTJ

02 Julai 2012 (Isnin):

Majlis gimik penyerahan naskah Al-Quran sempena Majlis Khatam Quran Perdana yang akan berlangsung pada 08 Ogos 2012 nanti telah berlangsung dengan penuh makna di Balai Konferensi SMK Taman Tuanku Jaafar.  Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa buah sekolah yang berkolaborasi sempena Khatam Al-Quran Perdana iaitu SMK Senawang, SMK Senawang 3, SMK Seremban Jaya, SK Taman Tuanku Jaafar, SK Taman Tuanku Jaafar 2, Kosmopoint, kolej PTPL dan Surau As-Sobirin.

Siaran majlis ini akan dipancarkan menerusi RTM 1 yang dikendalikan oleh dua orang jurukamera RTM iaitu Encik Mohd Shah dan Encik Zul.  Siaran lokasi-lokasi berbeza akan berlangsung dengan penggunaan skype yang dikendalikan oleh Kosmopoint Seremban.

Sekitar majlis penyerahan naskah Al-Quran:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.492098567483123&type=1
0

Kejohanan Olahraga SMKTTJ

29 Jun 2012 (Jumaat):

Kejohanan olahraga peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya.    Penglibatan pelajar dalam setiap acara telah memeriahkan lagi kejohanan pada tahun ini.  Empat warna utama iaitu merah, hijau, kuning dan biru telah mewarnai sekitar padang SMKTTJ pada pagi yang sejuk ini.

Laksamana terus mengekalkan kejuaraan dengan muncul sebagai johan dan menyusul dibelakangnya ialah Syahbandar.  Pegawai Pelajaran Daerah Seremban, Y.  Bhg.  Tuan Mohd Sah bin Zainal Abidin telah merasmikan majlis penutupan Kejohanan Olahraga 2012.
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.494265203933126&type=1
0

Perkampungan Ilmu 2012

28 Mei hingga 31 Mei 2012 (Isnin hingga Khamis):

Majlis Perkampungan Ilmu yang julung-julung kalinya dijalankan di SMK Taman Tuanku Jaafar telah memberi nafas baru kepada seluruh warga SMKTTJ.  Perkampungan Ilmu selama 4 hari ini telah mengumpulkan hampir 500 pelajar dan tenaga pengajar untuk sama-sama menjayakan majlis yang penuh manfaat terutamanya kepada calon PMR dan SPM 2012.


Tambah istimewa majlis ini kerana semua pekerja dan staf SMKTTJ berganding bahu dan bekerjasama memasak makanan untuk hidangan tengah hari pelajar dan guru.  Inilah kelebihan SMK Taman Tuanku Jaafar sebenarnya kerana sifat tolak ansur dan semangat kerjasama belum luntur dalam diri warganya.

Lensa SMKTTJ mengucapkan ribuan teruma kasih kepada semua pelajar yang terlibat dan terima kasih tidak terhingga buat pentadbiran SMKTTJ, PIBG SMKTTJ, Pekerja dan Staf sokongan SMKTTJ, Warga Pendidik SMKTTJ, Ibu bapa serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

Lihatlah aksi semasa Perkampungan Ilmu 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.469830519709928&type=1

0

Palestin Bumi Isra'

18 Mei 2012 (Jumaat):

Satu majlis ilmu telah berlangsung di Dataran Cendekiawan SMK Taman Tuanku Jaafar yang diberi tajuk Untukmu Palestin Bumi Isra'.  Penceramah yang diundang merupakan seorang yang bersemangat waja untuk membantu masyarakat di numi Palestin iaitu Prof Madya Dr Zainur Rashid b Zainuddin salah seorang ahli Aman Palestin dan merupakan Dekan IMU Seremban.

Kesusahan dan kepayahan masyarakat Palestin dipertontonkan untuk melahirkan rasa insaf bahawa kita di bumi bertuah Malaysia tidak mengengalami nasib yang sama.  Bukan mudah untuk mengekalkan martabat bangsa di tengah-tengah kuasa veto dunia yang mencengkam dan menindas sesama sendiri.  Namun, penghuni di bumi palestin begitu tabah dan sabar dengan pelbagai undang-undang ciptaan Israel.  Apa yang menarik ialah, dalam kesusahan untuk mencari sesuap makan dan mendapatkan tempat perlindungan, masyarakat Palestin tidak lupa dengan tanggungjawab sebagai seorang insan muslim.  Mereka terus melakukan solat walau di mana mereka berada dan tetap menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Kami doakan moga segala kemelut di bumi para Anbiya ini akan berakhir.  Amin.

*  PERHATIAN...UNTUK MENDAPATKAN GAMBAR FOTO DARI KREW LENSA...SILA LAYARI FACEBOOK  
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.459776177382029&type=1
KERANA BLOG TIDAK DAPAT MEMUAT NAIK GAMBAR FOTO BUAT SEMENTARA WAKTU...TERIMA KASIH.
0

Selamat Hari Guru...Cikgu

16 Mei 2012 (Rabu):
Bertempat di Dataran Cendekiawan, telah berlangsung satu majlis yang penuh gemilang untuk meraikan jasa dan bakti semua guru SMK Taman Tuanku Jaafar.  Kegembiraan jelas terpancar di wajah pelajar mahupun guru yang diraikan.  Hari ini hari guru, maka seharusnya guru diraikan dan dihiburkan seperti mana guru menjaga dan mendidik para pelajar dengan penuh sabar dan tabah.

Melayan kerenah guru tidak sepayah melayan gelagat seribu pelajar, kerana apa yang diingini oleh seorang guru hanyalah sepatah ucapan 'Selamat Hari Guru' sudah cukup menyentuh jiwa yang dalam kepanasan dek kedegilan pelajarnya.

Hari guru bertemakan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara menjadi lambang dan semangat kepada semua guru untuk melakukan anjakan paradigma bagi memenuhi kemajuan teknologi moden kini.  Bukan hanya pelajar yang perlu mahir dan kreatif, malah guru juga bakal menjadi idola apabila mampu melakukan sesuatu yang sukar menjadi senang untuk merubah angin dan budaya pendidikan ke arah lebih cemerlang dan terkini.

Selamat Hari Guru buat semua guru SMKTTj dan warga guru seluruh Malaysia amnya dari kami Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com.










































































Back to Top