Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Selamat Pengantin Baru

30 September 2011 (Jumaat)

Bertempat di kediaman tuan pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar, Tuan Omar bin Ahmad telah berlangsung majlis pernikahan puteri kedua beliau iaitu Anis Suraya bt Omar.  Majlis serba sederhana ini telah diserikan lagi dengan ketibaan pengantin lelaki tepat jam 0900 malam.

Majlis akad nikah diteruskan dengan ketibaan Imam dari Surau Taman Tasik Jaya dan Imam Masjid Pancur.  Tuan Omar telah menikahkan sendiri puterinya dengan mas kahwin RM200 tunai.

Krew lensa turut dijemput sebagai jurufoto semasa majlis berlangsung dan seramai 4 orang jurufoto telah hadir iaitu Adilah, Nurhidana, amiera Nerina dan Syazni.  Tahniah dan syabas buat krew yang bekerja keras untuk mendapatkan sudut paling cantik semasa majlis tersebut.  Turut hadir juga seramai 4 orang guru SMKTTJ iaitu Puan Sabariah, Puan Noor Azian, Puan Yusrina Hanim dan Puan Noraishah.


























0

Mereka Sudah Bersedia..

30 September 2011 (Jumaat)

Mereka sudah bersedia!!!  Hanya itu yang dapat digambarkan terutamanya kepada calon PMR 2011 yang bakal menduduki kertas pertamanya, Bahasa Melayu 1 pada 04 Oktober nanti.

Hari ini mereka telah bekerjasama menyusun meja dan kerusi sebagai medan untuk menentu masa depan selama lima hari.  Berkat kesabaran dan ketekunan para guru dan pelajar, sudah pasti kejayaan bakal dijulang pada penghujung bulan Disember nanti.

Kami, Krew Lensa SMKTTJ mendoakan mudah-mudahan para calon PMR akan menduduki peperiksaan dengan tenang dan jawablah dengan fikiran terbuka.  Berdoalah kepada tuhan moga anda akan memperoleh kecemerlangan yang diimpikan.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR BUAT SEMUA CALON PMR 2011

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN PMR BUAT SEMUA PEMBACA BLOG LENSA YANG

BAKAL MENDUDUKINYA PADA 04 OKTOBER 2011

KEJAYAAN PASTI MENJADI MILIK ANDA...









0

Restuilah Kami...

29 September 2011 (Khamis)

Bertempat di Dataran Cendikiawan, telah berlangsung acara restu ilmu khas untuk calon PMR dan SPM 2011.  Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Imam Muda Ahmad Azran b Ahmad Kamal yang telah memberikan sedikit motivasi kepada semua pelajar SMKTTJ.

Kehadiran perasmi majlis iaitu  YB Senator Dato' Mohammad Najeeb bin Abdullah, Ahli Senator Dewan Negara telah menambahkan keceriaan majlis.  Ucapan YB sedikit sebanyak menjadi pendorong dan pembakar semangat semua calon PMR dan SPM untuk memperoleh yang terbaik dalam peperiksaan masing-masing.























Back to Top