Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Program Pemantapan Aqidah & Motivasi remaja Islam 2013

01 hingga 03 Mac 2013 (Jumaat hingga Ahad):

Bertempat di Pusat Ko-kurikulum Rembau, satu program yang dapat memantapkan lagi aqidah dan menyemarakkan motivasi pelajar dalam menghadapi cabaran semasa bergelar pelajar telah merlangsung dengan jayanya.

Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, BADAR dan dengan kerjasama Sekretariat mahasiswa/siswi Timur Tengah dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ini melibatkan semua pelajar Kelas Rancangan Khas Tingkatan 3 SMK Taman Tuanku Jaafar.

Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk membentuk suatu pendekatan agama yang sesuai dalam pengurusan hal-ehwal kendiri pelajar dan dapat dapat menilai muhasabah diri setiap pelajar agar segala kelemahan yang ada boleh diperbaiki sekiranya ada usaha dan sikap pelajar dalam menangani segala kekurangan yang ada.

Apa yang menjadi harapan ialah supaya semua pelajar KRK akan dapat memantapkan emosi dan jasmani dalam menghadapi cabaran dan ujian semasa proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah serta sentiasa berpandangan jauh dan bersaing secara sihat dalam akademik.

Majlis ini telah ditutup secara rasminya oleh Encik Mohd Shukri bin Ruslan, Pegawai Hal Ehwal Islam, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Terima kasih dari kami Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com.

Lihatlah wajah mereka:

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.613869808639331&type=1


0

Perjumpaan Profesional Ibu Bapa Pelajar KRK 2013

19 Januari 2013 (Sabtu):

Bertepatan dengan matlamat sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah, satu program khusus kepada pelajar Kelas Rancangan Khas telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis yang menghimpun ibu bapa, pelajar dan tenaga pengajar KRK telah memberi peluang ibu bapa dan guru serta pelajar bersatu demi memastikan kecemerlangan Kelas Rancangan Khas SMK Taman Tuanku Jaafar.

Antara objektif perjumpaan tersebut ialah menggembling tenaga antara guru, komuniti dan ibu bapa bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum pelajar KRK selain dapat memberi gambaran sebenar mengenai haja tuju Kelas Rancangan Khas di SMK Taman Tuanku Jaafar.

Satu majlis lantikan AJK Sarana ibu bapa telah berlangsung serentak dalam enam kelas rancangan khas tingkatan satu hingga tiga.  Fungsi utama sarana ibu bapa ialah membantu dan bersatu mengubah persekitaran dalam kelas anak-anak mereka serta bersama merancang untuk mempertingkatkan imej dan kredibiliti pelajar kelas rancangan khas.

Wajah-wajah perjumpaan KRK.....

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.585377768155202&type=1
0

Kejohanan Merentas Desa 2013

16 Januari 2013 (Rabu)

Kejohanan Merentas Desa SMK Taman Tuanku Jaafar telah berlangsung dengan jayanya.  kejohanan yang dijalankan tepat jam 0230 petang itu telah mencungkil bakat-bakat baru dalam larian jarak jauh.  Tahun ini memperlihatkan satu perubahan yang menjadi petunjuk SMK Taman Tuanku Jaafar bukan hanya mampu melahirkan watak ilmiah malahan mampu menjadikan seseorang pelajar sebagai ahli sukan.

Tempat pertama hingga ke sepuluh Perempuan bawah 15 tahun telah dikuasai oleh kumpulan bola sepak perempuan sekolah.  Apa yang lebih membanggakan wajah-wajah baru dari negeri di bawah bayu mengungguli hampir kesemua 20 tempat teratas.  Tahniah buat semua atlit yang telah memenagi acara merentas desa kali ini.

Saksikan wajah-wajah atlit SMK Taman Tuanku Jaafar....
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.584859544873691&type=1
0

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2013

29 Disember 2012 (Sabtu):

Bertempat di Ruang Legar SMK Taman Tuaku Jaafar telah berlangsung pendaftaran pelajar tingkatan 1 2013.  Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan aluan Tuan Pengetua, Tuan Omar bin Ahmad dan ucapan GPK Petang, Encik Malik bin Rejab.

Pendaftaran ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pelajar, ibu bapa dan penjaga menyediakan segala keperluan pelajar yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah.  Ianya juga bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka meneroka situasi dan segala frasarana yang ada di sekolah ini serta pelajar dapat menyesuaikan diri bersama pertambahan usia sebagai remaja.

Selamat datang dan selamat belajar di SMK Taman Tuanku Jaafar kepada semua pelajar tingkatan 1 2013. Tahniah kepada mereka yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR dan bagi mereka yang kurang bernasib baik, di sinilah garis permulaan untuk mencorakkan kehidupan sebagai pelajar cemerlang dalam akademik mahupun sahsiah.

Selamat datang ke alam Jaafarian dari kami krew Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com

Ragam dan gaya semasa pendaftaran pelajar tingkatan 1 2013:

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.573579619335017&type=1

0

Keputusan PMR 2012

Keputusan PMR 2012

Menanti dengan penuh debar.  Tepat jam 1140 pagi, keputusan rasmi PMR 2012 digenggam erat dalam tangan tuan pengetua, Tuan Omar bin Ahmad.  Semua calon PMR 2012 berdebar menanti nama dipanggil untuk dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang 2012.

Walaupun hanya 19 calon yang mendapat keputusan keseluruhan A, ianya bukan peruntuh semangat mahupun penghalang untuk calon PMR 2013 menjulang nama SMK Taman Tuanku Jaafar sebaris dengan nama gemilang sekolah-sekolah terbilang di Negeri Sembilan.

Seramai 9 calon memberolehi B dalam satu mata pelajaran yang menyebabkan mereka tidak tersenarai sebagai pelajar memperolehi keputusan keseluruhan A.

Tahniah buat semua calon PMR 2012 yang berjaya dan anda masih berpeluang membuktikan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM nanti.

Wajah-wajah PMR 2012...
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.573570966002549&type=1
0

Hari Graduasi SMKTTJ 2012

18 Oktober 2012 (Khamis):

Hari yang ditunggu telah tiba.  Segala perancangan yang disusun selama 9 bulan kini telah membuahkan hasilnya.  Hari ini lahirlah hasil sulung jerit perih dan perahan keringat serta idea semua warga pendidik SMKTTJ demi melaksanakan satu majlis yang bersejarah.  Majlis ini bersejarah kerana sepanjang 11 tahun SMKTTJ beroperasi, inilah kali pertama ianya diadakan.  Bersejarah juga kerana seramai 237 pelajar diberi sijil selepas 5 tahun belajar di peringkat sekolah menengah.

Debaran kalau-kalau majlis yang julung kalinya ini banyak cacat cela, debaran kalau-kalau majlis sulung ini tidak sesempurna seperti perancangan.  Akhirnya, orang yang dinantikan tiba dengan senyuman, YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar tiba di perkarangan Pusat Pelajar INTI International University.  Beliau disarungkan dengan jubah berwarna hitam pekat dan dipakaikan topi bagai seorang canselor.  Berjalan gagah menuju pentas utama bersama perarakan bunga pahar dan cokmar.  Duduk di pentas utama bersama para dif kehormat dan pentadbiran SMKTTJ, majlis tampak gah dan berprestij walaupun ianya sentuhan pertama.

Menguatkan pandangan mata kasar tetamu, dalam ucapan perasmian YB Tuan Haji Khairy, beliau juga memberitahu bahawa ini adalah majlis graduasi paling elegan yang pernah beliau hadir.  Penuh istiadat dan disusun dengan begitu teratur.

Ameera Farzana binti Abdul Rahim telah dianugerahkan Anugerah Pengetua kerana berjaya memperolehi 10A dalam Peperiksaan Percubaan SPM yang lepas.

Tahniah buat semua pelajar yang telah dianugerahkan sijil dalam Majlis Graduasi 2012.  Mudah-mudahan tahun hadapan majlis ini akan menjadi idola semua warga SMKTTJ dan menjadi majlis graduasi pelajar terbaik di Negeri Sembilan.

Elegan dan prestijnya majlis ini bersama:

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.538203596205953&type=1
0

Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan 2012

05 Oktober 2012 (Jumaat):

Setelah beberapa minggu sibuk membuat persediaan bagi memastikan majlis berjalan lancar seperti perancangan, hari ini tibalah hari kemuncak kepada acara tahunan SMK Taman Tuanku Jaafar, Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan 2012.

Majlis pada tahun ini telah menjemput YB Dato' Devamany al S.  Krishnasamy, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk merasmikan majlis tersebut.  Melalui ucapannya, Dato' Devamany telah melahirkan rasa kagum dan bangga dengan kesungguhan dan ketelitian warga guru SMKTTJ dalam dan menyusun atur segala aktiviti dan persekitaran sekolah.  Beliau juga memberitahu bahawa, antara banyak-banyak teks ucapan yang dikarang, teks ucapan oleh guru SMKTTJ merupakan antara yang terbaik dan mantap.

Beliau juga berjanji akan membantu dalam proses mempercepatkan pembinaan dewan besar sekolah yang bakal menjadi pusat segala kegiatan dan aktiviti pihak sekolah suatu hari nanti memandangkan apabila ada acara di sekolah, pihak sekolah dan ibu bapa terpaksa duduk dalam persekitaran yang sempit dan panas.

Tahniah kepada semua penerima anugerah.  Teruskan kecemerlangan anda dan buktikan kepada semua warga SMKTTJ dan masyarakat setempat dan Malaysia bahawa SMKTTJ mampu melahirkan insan-insan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir memeriahkan majlis pada tahun ini.  Terima Kasih Semua.

Kisah Lensa pada Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan SMKTTJ 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.531452786881034&type=1

Potret penerima anugerah Hari Kualiti dan Kecemerlangan SMKTTJ 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.531483680211278&type=1


Back to Top