Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Bahang Padang Pasir

18 November 2011 (Khamis)

Jam 0530 petang.  Masih awal sebenarnya untuk melakukan sebarang persiapan untuk menyerlahkan diri sebagai penghuni padang pasir.  Namun, dek kerana tugasan yang menunggu, hujan yang turun tidak terasa titisannya kerana teruja menunggu masyarakat padang pasir berkumpul di Ballroom 3, Allson Klana Resort.

Tepat jam 0800 malam, seoarang demi seorang wanita dan lelaki berpakaian padang pasir menjejak kaki untuk memeriahkan lagi acara makan malam SMKTTJ berkonsepkan hikayat 1001 malam.  Mata terpaku dan terkedu melihat transformasi seorang guru yang sentiasa berkurung labuh dan bertali leher mengenakan jubah berlabuci dan mengerlip memasuki ruang makan malam di Allson Klana.

Jamuan makan malam akhir tahun ini merupakan acara terakhir bagi tahun 2011 dan sememangnya acara ini berakhir dengan penuh kenangan manis.  Tahniah buat semua guru dan staf yang berani menggayakan pakaian mengikut tema yang telah ditentukan oleh pihak penganjur, Kelab Guru dan Staf SMKTTJ.































0 comments:

Post a Comment

Back to Top