Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Bicara Lensa.....Zul Khairie

09 November 2011 (Rabu)

Dalam kesibukan menyiapkan segala bagai peralatan dan perkakasan untuk menyambut ketibaan hari Jumaat, Krew Lensa sempat meluangkan sedikit waktu menimba ilmu fotografi dengan otai yang lama berkecimpung dalam bidang tersebut.

Saudara Zul Khairie yang berasal dari Paroi, Negeri Sembilan merupakan pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan di UTHM sanggup meluangkan masa bersama adik-adik untuk menurunkan sedikit ilmu.  Walaupun dalam masa yang agak singkat dan dikekang dengan kepadatan tugasan untuk menanti Hari Kualiti dan Kecemerlangan 2011, krew Lensa sempat belajar teknik-teknik mengambil gambar untuk majlis rasmi.

Latihan penuh dilakukan untuk persediaan menyambut ketibaan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan dan tetamu kehormat lainnya.

Terima kasih tidak terkata dari kami Krew Lensa SMKTTJ buat saudara Zul.













0 comments:

Post a Comment

Back to Top