Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Maka Bermulalah Cerita Baru....

04 Januari 2012 (Rabu)

Seawal jam 0650 pagi, sewaktu kabus masih membasahi bumi langkah demi langkah diatur dengan sebuah azam untuk mencari dan menerima ilmu demi menggapai kejayaan dalam hidup ini.  Itulah antara rentetan azam dan cita-cita setiap pelajar yang memulakan sesi persekolahan pada tahun 2012.

Segala-galanya baru, dari kasut hingga ke rambut,  Pelbagai gaya dan warna beg digalas, dari gambar Angry Bird hingga ke jenama Polo mencerminkan satu semangat jitu untuk menimba ilmu di tahun baru ini.  Buat mereka yang bakal bergelar calon PMR dan SPM 2012, agak gementar memulakan sesi persekolahan kerana memikul amanat yang begitu besar dari seorang ayah dan ibu serta keluarga lainnya untuk melihat mereka menempa nama dan melakar sejarah sebagai ikon pelajar cemerlang 2012.

Lain pula ceritanya dengan insan-insan kecil yang baru melangkah ke alam remaja.  kalau 2011, merekalah senior di sekolah rendah tetapi kini mereka paling rendah dan kecil di sekolah menengah.  Bercampur baur antara gembira kerana cemerlang dalam UPSR dan gementar untuk berdepan dengan guru-guru serta kakak dan abang yang lebih besar saiznya.  Apapun, kehidupan tetap diharungi dengan satu azam......Cemerlang dan Gemilang sebagai ikon SMKTTJ.

Kami, krew Lensa SMKTTJ mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baru sama ada di tingkatan peralihan, satu, dua hingga tingkatan 5 serta kehadiran warga pendidik baru yang menjadi sebahagian insan yang menjana kecemerlangan SMKTTJ 2012.

Buat pelajar cemerlang PMR 2011, tahniah dari kami dan teruskan kecemerlangan anda untuk SPM 2013 nanti.  Untuk mereka yang berhijrah ke lokasi baru.....terima kasih dari kami kerana bersama-sama menjayakan segala agenda SMKTTJ tahun 2011.  Bak kata P.  Ramlee....tuai padi antara masak...esok jangan layu-layuan.....intai kami antara nampak.....esok jangan rindu-rinduan....Terima kasih semua.

Sekitar Orientasi Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 2012....















0 comments:

Post a Comment

Back to Top