Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Merentas Desa dan Kejohanan Bola Tampar

19 Januari 2012 (Khamis)

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah berlangsung dalam suasana santai tapi meriah di SMK Taman Tuanku Jaafar.  Pelajar telah dilepaskan seawal jam 0830 pagi dan meliputi jarak sejauh hampir 7 km mengelilingi perumahan Taman Tuanku Jaafar.

Bagi pelajar baru terutamanya mereka yang melangkah ke usia 13 tahun, pengalaman merentas desa merupakan kenangan berharga kerana julung-julung kalinya berlari di luar persekitaran sekolah.

Tahniah dan syabas buat mereka yang menang dan terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat Daerah Seremban 2.




































































Manakala di Pusat Sukan dan Rekreasi Paroi telah berlangsung kejohanan Bola Tampar Zon Seremban 2 bermula 18 Januari 2012.  Kejohanan selama 2 hari ini telah menyaksikan pelbagai aksi dan gaya persembahan dari sekolah-sekolah zon Seremban 2 demi mempertahankan kejuaraan masing-masing.

Majlis penutup telah dirasmikan oleh Encik Azman, Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Seremban.  SMKTTJ telah menduduki tempat ke 2 dalam kategori Lelaki Bawah 15 tahun.  Manakala juaranya ialah sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR).  Sekolah Agama Persekutuan Labu telah membolot kesemua kategori Perempuan bawah 15 dan bawah 18.  Juara Lelaki Bawah 18 Tahun pula ialah SMK Bukit Mewah.

Tahniah kepada semua pemenang dan bagi yang tidak berjaya, latihan dan stamina yang padu akan melonjakkan anda untuk merangkul pingat sebagai juara.






















































0 comments:

Post a Comment

Back to Top