Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Karnival Keusahawanan Koperasi Sekolah Negeri Sembilan

05 hingga 06 Mei 2012 (Sabtu dan Ahad);

Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, berlangsung Karnival Keusahawanan koperasi Sekolah negeri Sembilan yang bertemakan Koperasi Sekolah Pejana Ekonomi Global.

SMK Taman Tuanku Jaafar diamanahkan untuk menjadi jurufoto dan dokumentasi sepanjang karnival berlangsung selama 2 hari.  Berkolaborasi bersama Kosmopoint Seremban, pasukan kami Lensa SMKTTJ dan pelajar tahun akhir Kosmopoint bergandingan untuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan dalam masa kurang 12 jam.

Akhirnya, dalam kekangan masa kami telah menyiapkan tayangan multimedia selama 10 minit untuk majlis penutup karnival.  Apa yang menarik perhatian, boot kami menjadi tarikan kerana mempamerkan skrin besar, televisyen dan paling menarik terdapat 6 komputer saling tak tumpah seperti kaunter semakan pengundi.

Pihak Lensa SMKTTJ mengucapkan terima kasih buat krew Kosmopoint dan Encik Hafiz yang tidak mengeluh dengan kerenah kami sewaktu menyiapkan tugasan yang diberikan.
















































0 comments:

Post a Comment

Back to Top