Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri

14 September 2012 (Jumaat);

Syawal telah menghampiri penghujungnya dan tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua warga SMK Taman Tuanku Jaafar iaitu Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri.

Majlis kali ini agak berbeza kerana dihadiri oleh beberapa orang tetamu kehormat seperti Yang Berbahagia Dato' Firdaus Harun, Encik Hafis dan Encik Faisal dari Cosmopoint, Encik Mana dan Encik Asri Ninggal dari Maybank, Encik Aminuddin dari SKF, Cif Inspektor Jusman dari Balai Polis Senawang serta para tetamu kehormat lain yang berbesar hati meluangkan masa dalam majlis kami.

Program pada hari bermula pada seawal jam 7.15 pagi dengan aktiviti baca surah yasiin , diikuti solat dhuha dan solat hajat. Seterusnya para pelajar diberikan sedikit taskirah pagi bagi memenuhi ruang waktu sementara kehadiran tetamu undangan. Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu yang Berbahagia Dato Firdaus Harun ( Bekas ahli Parlimen Rembau). Seterusnya ia diikuti dengan bacaan doa dan ucapan ringkas daripada Tuan pengetua. Dalam ucapannya , Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran para tetamu undangan dan seluruh warga sekolah serta mengucapkan selamat hari raya aidil Fitri Maaf zahir Batin. Beliau seterusnya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran tetamu undangan dan ia amat bersesuaian sekali dengan nama majlis iaitu 'Jalinan Mesra Aidil Fitri', yang bermaksud di antara tujuan majlis itu ialah untuk menjalinkan hubungan antara sekolah dan masyarakat, komuniti dan agensi swasta dan kerajaan, untuk sama-sama berganding bahu untuk mencemerlangkan sekolah. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan semua agensi swasta, kerajaan dan kolej-kolej ini yang termasuk di dalam rakan kolaborasi sekolah, sebagaiu tanda terima kasih di atas bantuan mereka selama ini

Pihak Lensa SMKTTJ mewakili warga SMKTTJ merakamkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang sudi memeriahkan majlis kali ini.

Salam Aidilfitri buat semua.

Warna warni Jalinan Aidilfitri ditatap di :

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.524976970861949&type=1

0 comments:

Post a Comment

Back to Top