Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Program Munajat Kecemerlangan PMR dan SPM 2012

27 September 2012 (Khamis):

Hanya menghitung saat dan ketika untuk mereka duduk dalam dewan peperiksaan bagi menunaikan tanggungjawab sebagai calon PMR dan SPM 2012.

Segala tips pembelajaran, panduan terakhir serta segala macam petua telah diberikan kepada semua anak didik oleh semua guru SMK Taman Tuanku Jaafar.  Ada juga dalam kalangan pelajar yang hari-hari tiba di sekolah dengan mata ala-ala mata panda China kerana kurang tidur (satu teknik pembelajaran yang kurang tepat).  Malah ada juga pelajar yang bertindak mengasingkan diri dari bersosial bersama rakan, setiap saat dan detik menghadap buku (juga bukan kaedah pembelajaran yang tidak sepatutnya diamalkan) demi memastikan dia berjaya cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Apa pun perancangan pembelajaran anda, sebagai seorang manusia yan berpaksikan kepada Yang Satu, kita tidak boleh mengetepikan kepercayaan kita kepada kurniaan Allah.  Oleh hal demikian, Doa dan sujud kepada Maha Pencipta merupakan satu-satu jalan terbaik demi memastikan kejayaan menjadi milik kita.

Bersama Panitia Pendidikan Islam, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Tuanku Jaafar dan Masjid Taman Tuanku Jaafar telah mengadakan majlis munajat kecemerlangan untuk pelajar PMR dan SPM bertempat di Masjid Taman Tuanku Jaafar.  Majlis bacaan yaasin dan solat hajat dipimpin oleh Imam Tuan Haji Madah bin IIong, imam Masjid Taman Tuanku Jaafar.

Tazkirah motivasi kecemerlangan pula dipimpin oleh Ustaz Mohd Hapizi bin Mohamad Ali, dari Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam JPNS.

Pihak krew Lensa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SMKTTJ yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

Selamat menduduki peperiksaan buat semua calon PMR dan SPM 2012.

Ikuti penceritaan melalui Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.528678243825155&type=1

0 comments:

Post a Comment

Back to Top