Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Program Munajat Kecemerlangan PMR dan SPM 2012

27 September 2012 (Khamis):

Hanya menghitung saat dan ketika untuk mereka duduk dalam dewan peperiksaan bagi menunaikan tanggungjawab sebagai calon PMR dan SPM 2012.

Segala tips pembelajaran, panduan terakhir serta segala macam petua telah diberikan kepada semua anak didik oleh semua guru SMK Taman Tuanku Jaafar.  Ada juga dalam kalangan pelajar yang hari-hari tiba di sekolah dengan mata ala-ala mata panda China kerana kurang tidur (satu teknik pembelajaran yang kurang tepat).  Malah ada juga pelajar yang bertindak mengasingkan diri dari bersosial bersama rakan, setiap saat dan detik menghadap buku (juga bukan kaedah pembelajaran yang tidak sepatutnya diamalkan) demi memastikan dia berjaya cemerlang dalam peperiksaan nanti.

Apa pun perancangan pembelajaran anda, sebagai seorang manusia yan berpaksikan kepada Yang Satu, kita tidak boleh mengetepikan kepercayaan kita kepada kurniaan Allah.  Oleh hal demikian, Doa dan sujud kepada Maha Pencipta merupakan satu-satu jalan terbaik demi memastikan kejayaan menjadi milik kita.

Bersama Panitia Pendidikan Islam, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Tuanku Jaafar dan Masjid Taman Tuanku Jaafar telah mengadakan majlis munajat kecemerlangan untuk pelajar PMR dan SPM bertempat di Masjid Taman Tuanku Jaafar.  Majlis bacaan yaasin dan solat hajat dipimpin oleh Imam Tuan Haji Madah bin IIong, imam Masjid Taman Tuanku Jaafar.

Tazkirah motivasi kecemerlangan pula dipimpin oleh Ustaz Mohd Hapizi bin Mohamad Ali, dari Unit Dakwah Sektor Pendidikan Islam JPNS.

Pihak krew Lensa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SMKTTJ yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

Selamat menduduki peperiksaan buat semua calon PMR dan SPM 2012.

Ikuti penceritaan melalui Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.528678243825155&type=1
0

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri

14 September 2012 (Jumaat);

Syawal telah menghampiri penghujungnya dan tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua warga SMK Taman Tuanku Jaafar iaitu Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri.

Majlis kali ini agak berbeza kerana dihadiri oleh beberapa orang tetamu kehormat seperti Yang Berbahagia Dato' Firdaus Harun, Encik Hafis dan Encik Faisal dari Cosmopoint, Encik Mana dan Encik Asri Ninggal dari Maybank, Encik Aminuddin dari SKF, Cif Inspektor Jusman dari Balai Polis Senawang serta para tetamu kehormat lain yang berbesar hati meluangkan masa dalam majlis kami.

Program pada hari bermula pada seawal jam 7.15 pagi dengan aktiviti baca surah yasiin , diikuti solat dhuha dan solat hajat. Seterusnya para pelajar diberikan sedikit taskirah pagi bagi memenuhi ruang waktu sementara kehadiran tetamu undangan. Program bermula pada jam 9.30 pagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu yang Berbahagia Dato Firdaus Harun ( Bekas ahli Parlimen Rembau). Seterusnya ia diikuti dengan bacaan doa dan ucapan ringkas daripada Tuan pengetua. Dalam ucapannya , Tuan Pengetua mengalu-alukan kehadiran para tetamu undangan dan seluruh warga sekolah serta mengucapkan selamat hari raya aidil Fitri Maaf zahir Batin. Beliau seterusnya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran tetamu undangan dan ia amat bersesuaian sekali dengan nama majlis iaitu 'Jalinan Mesra Aidil Fitri', yang bermaksud di antara tujuan majlis itu ialah untuk menjalinkan hubungan antara sekolah dan masyarakat, komuniti dan agensi swasta dan kerajaan, untuk sama-sama berganding bahu untuk mencemerlangkan sekolah. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk meraikan semua agensi swasta, kerajaan dan kolej-kolej ini yang termasuk di dalam rakan kolaborasi sekolah, sebagaiu tanda terima kasih di atas bantuan mereka selama ini

Pihak Lensa SMKTTJ mewakili warga SMKTTJ merakamkan jutaan terima kasih kepada para tetamu yang sudi memeriahkan majlis kali ini.

Salam Aidilfitri buat semua.

Warna warni Jalinan Aidilfitri ditatap di :

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.524976970861949&type=1
0

Latihan Kebakaran Bersama Samsung

08 September 2012 (Sabtu):

Sempena persekolahan ganti hari Sabtu, pihak sekolah telah menjemput beberapa orang pakar dalam bidang operasi kebakaran dari Syarikat Samsung untuk memberi taklimat dan latihan kebakaran kepada warga SMK Taman Tuanku Jaafar.

Pendedahan tentang kebakaran adalah sesuatu yang penting kepada pelajar kerana malapetaka ini boleh berlaku bila-bila masa tanpa memberi sebarang petanda.  Pihak Samsung juga menunjukkan cara untuk memberi bantuan pernafasan sekiranya mangsa terperangkap di dalam asap semasa kebakaran.

Pihak Lensa SMKTTJ mengucapkan ribuan terima aksih kepada pegawai Samsung yang terlibat.

Ikuti rentetan peristiwa melalui:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.523648867661426&type=1

0

Sentuhan Terakhir Guru

08 September hingga 27 September 2012:

Sebaik kembali semula ke sekolah selepas menyambut Syawal nan indah, kini tiba giliran PMR yang sedang menunggu nun di hujung barisan.  Dalam 3 minggu lagi calon PMR akan menghadapi peperiksaan yang akan menentu nasib para pelajar sama ada bakal menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh, sekolah teknik atau meneruskan persekolah di SMK Taman Tuanku Jaafar.

Beberapa sentuhan terakhir telah disusun untuk memastikan calon PMR meraih kejayaan yang cemerlang penghujung Disember nanti.  Antara program terakhir yang disusun untuk calon PMR 2012 ialah:

1.  Perkampungan Ilmu Siri 2 - 08 September 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.522028091156837&type=1
Perkampungan Ilmu siri 2 dijalankan untuk 4 kelas sederhana iaitu 3 USM, 3 UPM, 3 UTM dan 3 UITM.

2.  Klinik Matematik untuk pelajar sederhana - 08 September 2012

3.  Klinik mata pelajaran - 10 September hingga 27 September 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.522042187822094&type=1
Klinik mata pelajaran dijalankan setiap 2 waktu awal persekolahan dan 2 waktu selepas rehat.  Klinik ini terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu miss near cemerlang (markah 65 hingga 75) dan miss near lulus (markah 30 hingga 39).

Semoga semua calon PMR 2012 akan memanfaatkan sebaik mungkin aktiviti yang disusun oleh para guru demi memastikan kecemerlangan menjadi milik anda.
0

Rentetan Peristiwa Ogos 2012

Sepanjang Ogos 2012 adalah bulan yang agak pasif buat semua krew.  Ini kerana bulan ini merupakan bulan Peperiksaan untuk calon PMR dan SPM, bulan untuk menyiapkan segala aksesori bagi menyambut hari Lebaran, bulan untuk memperbanyakkan ibadat kerana Ramadhan akan meninggalkan kita, dan Ogos bulan mempersiapkan minda......Malaysia akan menyambut hari kelahiran ke - 55.

Peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ogos ialah:

1.  Majlis Perpisahan Puan Pakyavathy - 02 Ogos 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.518794181480228&type=1

2.  Majlis Tadarus Perdana dan Khatam Al-Quran Perdana - 08 Ogos 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.518795098146803&type=1

3.  Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah - 15 Ogos 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.519224918103821&type=1

4.  Penyerahan TV dan LCD Samsung oleh Samsung SDMA - 28 Ogos 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.519228931436753&type=1

5.  Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Perhimpunan Khas Sempena Kemerdekaan - 30 Ogos 2012
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.519231358103177&type=1

Salam Syawal dari semua krew Lensa SMKTTJ.Blogspot.Com

Selamat menghadapi Peperiksaan buat semua calon PMR dan SPM 2012

Back to Top