Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Hari Graduasi SMKTTJ 2012

18 Oktober 2012 (Khamis):

Hari yang ditunggu telah tiba.  Segala perancangan yang disusun selama 9 bulan kini telah membuahkan hasilnya.  Hari ini lahirlah hasil sulung jerit perih dan perahan keringat serta idea semua warga pendidik SMKTTJ demi melaksanakan satu majlis yang bersejarah.  Majlis ini bersejarah kerana sepanjang 11 tahun SMKTTJ beroperasi, inilah kali pertama ianya diadakan.  Bersejarah juga kerana seramai 237 pelajar diberi sijil selepas 5 tahun belajar di peringkat sekolah menengah.

Debaran kalau-kalau majlis yang julung kalinya ini banyak cacat cela, debaran kalau-kalau majlis sulung ini tidak sesempurna seperti perancangan.  Akhirnya, orang yang dinantikan tiba dengan senyuman, YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar tiba di perkarangan Pusat Pelajar INTI International University.  Beliau disarungkan dengan jubah berwarna hitam pekat dan dipakaikan topi bagai seorang canselor.  Berjalan gagah menuju pentas utama bersama perarakan bunga pahar dan cokmar.  Duduk di pentas utama bersama para dif kehormat dan pentadbiran SMKTTJ, majlis tampak gah dan berprestij walaupun ianya sentuhan pertama.

Menguatkan pandangan mata kasar tetamu, dalam ucapan perasmian YB Tuan Haji Khairy, beliau juga memberitahu bahawa ini adalah majlis graduasi paling elegan yang pernah beliau hadir.  Penuh istiadat dan disusun dengan begitu teratur.

Ameera Farzana binti Abdul Rahim telah dianugerahkan Anugerah Pengetua kerana berjaya memperolehi 10A dalam Peperiksaan Percubaan SPM yang lepas.

Tahniah buat semua pelajar yang telah dianugerahkan sijil dalam Majlis Graduasi 2012.  Mudah-mudahan tahun hadapan majlis ini akan menjadi idola semua warga SMKTTJ dan menjadi majlis graduasi pelajar terbaik di Negeri Sembilan.

Elegan dan prestijnya majlis ini bersama:

http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.538203596205953&type=1

0 comments:

Post a Comment

Back to Top