Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Mereka Botak!!!!!

Khamis,  28 April 2011

Sempena menyahut seruan tuan pengetua, Encik Omar Ahmad yang mahu melihat persekitaran dan iklim sekolah yang ceria dan teratur, beliau juga mahu melihat perwatakan pelajarnya yang kelihatan kemas, segak dan wangi.


Bertempat di 'Ruang Legar' SMK Taman Tuanku Jaafar, sebilangan pelajar lelaki yang belum menepati perwatakan kemas, segak dan wangi telah diarahkan untuk memotong rambut tanpa dikenakan apa-apa bayaran berbanding dengan bayaran yang dikenakan oleh tukang gunting rambut ialah RM 8.00.  


Kini, warga SMK Taman Tuanku Jaafar khasnya pelajar lelaki akan tampak tampan, bergaya malahan akan menjadi bualan serta idaman mana-mana pelajar perempuan kerana perubahan penampilan tersebut.  Tahniah kepada unit Hal Ehwal Murid yang diketuai oleh Tuan Haji Zakaria Ismail dan dibantu oleh Encik Ismail Seman kerana berjaya memastikan penampilan dan perwatakan pelajar yang kemas, segak dan wangi.  Apa yang membanggakan ialah, beberapa orang pelajar Pendidikan Khas juga secara suka rela telah membotakkan kepala demi menyahut seruan tuan pengetua.


Kesempatan ini diambil oleh Krew Lensa untuk memaparkan saat-saat pelajar dibotakkan:
















Sempat juga dirakamkan sekitar kerja-kerja membersih  Dataran Perhimpunan oleh Jabatan Bomba Senawang untuk majlis Solat Hajat yang akan berlangsung pada 29 April 2011 iaitu hari Jumaat:










0 comments:

Post a Comment

Back to Top