Sabtu, 23 April 2011
Hari ini merupakan hari sekolah ganti sempena cuti perayaan Deepavali yang bakal menjelang bulan Oktober 2011 nanti. Walaupun bekerja pada hari cuti,guru-guru dan pelajar tetap ceria menjalankan tugasan masing-masing.
Beberapa acara berlangsung pada hari ini:
1. Jamuan Guru
Jamuan guru diadakan untuk mengeratkan tali persahabatan sesama rakan guru di SMK Taman Tuanku Jaafar. Persefahaman dan permuafakatan penting dalam suatu organisasi untuk menjayakan walau apa sahaja aktiviti yang dirancang. Tahniah buat semua warga pendidik dan staf sokongan SMK Taman Tuanku Jaafar :
2. Kawad Kaki KRS
KRS SMK Taman Tuanku Jaafar menghantar satu pasukan kawad kaki untuk menyertai pertandingan kawad kaki di SMK Pendeta Za'aba, Paroi. Mereka diiringi oleh Encik Mohd Hafiz dan Encik Darus selaku guru penasihat KRS. Lihatlah aksi-aksi sebelum berlepas ke lokasi pertandingan:
3. Taekwondo
Setiap hari Sabtu, pelajar yang menyertai seni pertahanan diri, Taekwondo, berlatih di persekitaran sekolah terutamanya 'Ruang Legar' SMK Taman Tuanku Jaafar. Sebahagian besar pelajar telah dinaiktaraf dari tali pinggang putih ke kuning satu selepas menjalani proses penggredan pada 16 April lepas. Guru penasihat Taekwondo ialah Puan farah Anom, Puan Sabariah dan Puan Normala Kassim. Inilah aktiviti rutin dalam Taekwondo:
4. Pelancaran Roket
Bertempat di gelanggang petanque, pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan pelancaran roket telah menguji kelajuan roket masing-masing. Dua kategori pertandingan iaitu: Trajet dan Payung Terjun. Walaupun ada roket yang tidak begitu laju dan tidak kurang payungnya tidak kembang, apa yang penting ialah semangat anda untuk menyertai dan menonjolkan bakat dalam bidang fizik. Tahniah buat semua peserta. Lihatlah semangat kerjasama mereka:
0 comments:
Post a Comment