Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Mr Larsberglie dan bolasepak perempuan

Rabu, 27 April 2011

Bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Taman Tuanku Jaafar, satu pertemuan di antara ibu bapa dan penjaga pemain bola sepak  perempuan dengan Penaja perlawanan bola sepak perempuan iaitu Syarikat SKF, Nilai.  Pihak syarikat SKF diwakili oleh Pengarah Urusan iaitu Encik Larsberglie dan Encik Amin selaku pegawai sumber manusia SKF.

Perjumpaan tersebut juga dihadiri oleh Pengetua SMK Taman Tuanku Jaafar, Encik Omar b Ahmad, Penolong Kanan Ko-kurikulum Puan Hajah Zainab bt Mohd Nasir, Tengku Elie selaku penaung Persatuan Bolasepak Perempuan Negeri Sembilan, Puan Moganambal dan Puan Yusrina Hanim iaitu pengurus pasukan dan jurulatih pasukan bolasepak perempuan sekolah.

Pasukan bolasepak akan berlepas ke Sweden pada bulan Julai untuk menyertai kejohanan bolasepak perempuan junior dunia.  Sebanyak 180 buah Negara dijangka mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang akan berlangsung dalam musim panas.  Tahniah buat pasukan bolasepak perempuan sekolah yang ditaja sepenuhnya oleh Syarikat SKF iaitu tiket pergi dan balik, penginapan 11 hari 10 malam dan 2 pasang jersi kepada semua pemain.

Lensa merakamkan detik-detik kegemilangan yang berlangsung:




















0 comments:

Post a Comment

Back to Top