8 orang guru dan seorang kakitangan pejabat dari SMKTTJ yang tersenarai sebagai penerima anugerah turut hadir pada majlis ini. Ternyata ucapan aluan & penghargaan dari YB Datuk Hasim dan Pegawai Pelajaran DAerah Seremban cukup membakar semangat warga dewan yang juga penerima anugerah untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Yang cukup menarik, ada dikalangan penerima anugerah kali ini yang telah beberapa kali menaiki pentas untuk menerima anugerah yang sama pada masa yang lepas.
Tahniah dan Syabas... Puan Hasliza, En. Mohd Hafiz, En. Mohd Nizam, Puan Ruzita, Puan Sha'rayah, Puan Siti Fatimah, Puan Siti Khatijah, Puan Suzita dan Puan Yusrina Hanim..




0 comments:
Post a Comment