Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Netbook Merdeka

Selasa, 16 Ogos 2011

Bertempat di Dataran Perhimpunan SMK Taman Tuanku Jaafar, telah berlangsung satu majlis sambutan Bulan Kemerdekaan dan Minggu kemanusiaan.  Majlis ini dibuat dalam kadar sederhana untuk menghormati keindahan bulan Ramadhan dan Peperiksaan Percubaan SPM.


Majlis dimulakan dengan ucapan Encik Alias bin Abdullah selaku Ketua Bidang kemanusiaan dan dirasmikan oleh tuan pengetua, Tuan Omar bin Ahmad.  Bulan Kemanusiaan akan ditutup pada 16 September sempena Hari Malaysia.


Manakala pada sebelah petangnya pula berlangsung taklimat penerimaan netbook 1malaysia.  Taklimat tersebut diberi oleh GPK HEM, Tuan Haji Zakaria bin Ismail.  Seramai 67 orang pelajar layak menerima netbook yang akan berlangsung di Dewan Sri Rembau pada 18 Ogos 2011.




















0 comments:

Post a Comment

Back to Top