Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Taklimat Program Elit KRK 2012

04 Februari 2012 (Sabtu)

Acara rasmi pertama tahun 2012 telah berlangsung dengan jayanya.  Taklimat program elit Kelas Rancangan Khas dan Harapan 2012 berjalan dalam suasana yang begitu meriah.  Kehadiran ibu bapa serta penjaga menyuarakan hasrat dan harapan mereka untuk melihat anak-anak didik SMKTTJ terus cemerlang dan menjadi sebutan buat masyarakat setempat serta sekitarnya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dr Yeow Chai selaku Ahli Senator Dewan Negara.  Segala harapan dan motivasi telah diamanatkan oleh YB Senator Dr Yeow agar semua pelajar yang terlibat lebih berusaha untuk membuktikan kecemerlangan dan kejayaan adalah milik mereka.

Pelajar yang terlibat telah diberi buku latihan secara percuma untuk digunakan semasa proses pembelajaran dan pengajaran serta semasa cuti sekolah.  Pemantauan akan dijalankan untuk semua pelajar terlibat bagi memastikan program ini berjalan dengan jayanya.

Terima kasih dari Krew Lensa kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.




















0 comments:

Post a Comment

Back to Top