Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Lawatan BTP KPM ke SMKTTJ

10 Julai 2012 (Selasa):

Aduh.....penat berniaga macam-macam selama 2 hari sempena Karnival Gegar Ria belum pun hilang walaupun semalam cuti.  Pagi-pagi lagi semua warga SMKTTJ ke padang untuk acara senamrobik 1Malaysia.  Walaupun bersenam, hati berdebar-debar menunggu ketiba rombongan seramai 100 peserta BTP dari Port Dickson ke SMKTTJ.

Inilah pertama kalinya sekolah dikunjungi oleh 100 orang pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Kegiatan Guru seluruh Malaysia yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di BTP Port Dickson.  Kunjungan ini bertujuan untuk melihat pembudayaan ict yang dibawa oleh tuan pengetua, Tuan Omar bin Ahmad.

Tepat jam 0930 pagi, dua buah bas dan kenderaan persendirian telah sampai di perkarangan sekolah.  Apa lagi, di sini bermulalah wajah SMKTTJ iaitu dengan disambut oleh 30 krew Lensa SMKTTJ yang mengabadikan wajah-wajah pegawai melalui lensa masing-masing.  Apa yang pasti, krew lensa mula teruja apabila melihat sesetengah pegawai yang mengendong Nikon D4 dengan telefoto dan mereka (BTP) juga terpegun dengan aksi-aksi krew Lensa.

Para pegawai di bawa ke Balai Konferensi untuk diberi taklimat ringkas oleh tuan pengetua dan seterusnya melawat beberapa buah bilik yang berkaitan dengan pembudayaan ict. Tidak lengkap bila tetamu pulang tanpa menyentuh makanan.  Pihak sekolah telah menyediakan nasi berlaukkan masak lemak cili api dan sambal belacan untuk dinikmati oleh para tetamu.

Apa yang membuatkan kami agak terharu ialah apabila salah seorang pegawai begitu berminat dengan vest yang dikenakan oleh krew dan untuk tidak mengecewakan mereka yang datang nun dari Sibu, Sarawak, vest tersebut telah selamat berada di Sibu sekarang.

Ada juga krew yang mengambil kesempatan mencungkil rahsia untuk menjadi jurufoto yang kreatif daripada beberapa orang pegawai.

Akhir kalam,ampun dan maaf sekiranya sambutan kami tidak seberapa.  Buah tangan kami tidak bermakna dan hidangan kami tidak berasa.  Kepincangan adalah dari pihak kami dan usah serik-serik untuk berkunjung kembali.  Terima kasih kerana sudi ke sekolah kami, SMK Taman Tuanku Jaafar, Sungai gadut, Negeri Sembilan.

Aksi Senamrobik 1Malaysia:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.495732120453101&type=1

Wajah-wajah Pegawai BTP dan PKG KPM.....:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.495734627119517&type=1

0 comments:

Post a Comment

Back to Top