Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Mereka Ahli Syurga.....

13 Julai 2012 (Jumaat):

Petang yang indah dan tenang ini adalah saat yang begitu tepat untuk melelapkan mata, namun demi menjalankan satu lagi tanggungjawab sosial kepada mereka yang memerlukan, kami tidak berkesempatan untuk melayan kehendak mata.

Beberapa orang guru, Puan Jarayah, Puan Rohayati, Puan Noridah, Cik Khalila dan Puan Sabariah mula bergerak menuju ke teratak yang menempatkan seramai 15 penghuni syurga.  Kunjungan petang ini merupakan kunjungan santai dengan tujuan untuk meraikan dan menceriakan kehidupan adik-adik di Rumah Harapan Taman Tuanku Jaafar.

Ketibaan kami para guru dan 10 orang pelajar disambut dengan senyuman olhe Dato' dan Datin.  Terpegun dengan kesabaran dan keikhlasan mereka untuk membela dan mendidik anak-anak istimewa ini membuatkan kami terfikir, alangkah indahnya hidup ini kalau semua manusia mempunyai ketulusan hati seperti dato' dan datin.

Sebelum menjamu selera makanan yang di bawa bersama adik-adik, kami memulakan tugasan dengan mengemas tempat tidur mereka.  Segala sampah sarap telah kami punggah, segala kekotoran telah kami padamkan demi memastikan mereka juga masih berpeluang hidup selesa seperti kami.

Bau wangi ayam goreng KFC, meehon goreng, karipap goreng dan air oren membuatkan segala kerja perlu disiapkan secepat mungkin.  Tepat jam 0430 petang, kami telah menjamu selera bersama mereka yang istimewa di Rumah Harapan.

Terima kasih kepada Dato' dan Datin, pihak koperasi SMKTTJ serta guru-guru dan pelajar yang terlibat.  Kita berjumpa lagi nanti...

Tenunglah wajah mereka:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.495722377120742&type=1

0 comments:

Post a Comment

Back to Top