Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Restu Mu Dipohon.....

03 Oktober 2012 (Rabu):

Bersama ketenangan pagi di SMK Taman Tuanku Jaafar, telah berlangsung majlis Restu Ilmu yang menjadi simbolik kepada restu dan doa para pendidik dan seluruh warga SMKTTJ buat calon PMR dan SPM 2012.

Majlis tersebut turut mengundang tetamu kehormat yang sememangnya tidak asing buat warga SMKTTJ tetapi tidak berkesempatan untuk menyingkap rahsia di sebalik kejayaannya sebagai seorang usahawan dan jutawan berjaya.  Beliau ibarat bapa kepada semua pelajar SMKTTJ dan sentiasa mendengar segala keluhan warga sekolah.   Nama Dato' Mohammad Nordin sentiasa meniti di bibir setiap warga SMKTTJ bukan kerana kehebatannya sebagai insan yang gemilang malahan peribadinya yang sederhana.

Namun, sesekali kereta Mercedes Sportnya menjalar di perkarangan SMKTTJ membuatkan setiap individu tertanya-tanya bagaimana beliau boleh begitu berjaya dan kaya.  Akhirnya, pada pagi yang indah itu terungkaplah segala rahsia Dato' yang menjadi pengerusi PIBG SMKTTJ mulai tahun 2012.  Kesabaran dan keikhlasan serta rasa tanggung jawab dan tabah dalam sesuatu usaha bakal membuahkan hasil yang lumayan.

Menjadikan beberapa nama besar Malaysia sebagai idola seperti Tun Dr Mahathir dan T.  Ananda Krishnan telah menyuntik semangat untuk semua warga SMKTTJ agar bekerja lebih keras demi mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.  Apa yang menguatkan azam dan semangat pelajar ialah kesudian Dato' untuk memberikan wang saguhati RM3,000 kepada mana-mana pelajar yang mencapai semua A dalam mata pelajaran yang diambil oleh calon PMR dan SPM.  Ini merupakan insentif yang paling lumayan pernah ditawarkan oleh seorang pemimpin dan usahawan.

Selesai ucapan kata-kata motivasi dari Dato' Nordin, majlis diteruskan dengan sesi bersalaman antara guru dan pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM.

Terima kasih kepada Dato' Mohammad Nordin kerana sudi meluangkan masa berkongsi rahsia kejayaan bersama warga SMKTTJ.

Warna-warni Majlis Restu Ilmu 2012:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.531450816881231&type=1

0 comments:

Post a Comment

Back to Top