Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Program Titian Merdeka

19 September 2011 (Isnin)

Bertempat di Dataran Cendikiawan, SMK Taman Tuanku Jaafar telah berlangsung majlis penutupan Program Titian Merdeka sempena sambutan bulan kemerdekaan dan minggu kemanusiaan yang telah berlangsung dari 15 Ogos hingga 19 September 2011.

Majlis ini telah ditutup dengan rasminya oleh Encik Rosni bin Haji Pilus, Penolong Pegawai Pendidikan daerah Seremban.  Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan gimik persembahan dan diikuti dengan ucapan perasmian penutup oleh Encik Rosni.

Majlis juga diserikan dengan persembahan teater oleh pelajar tingkatan 4 UPM, nyanyian lagu patriotik dan sajak oleh kelas Nur Kasih dan nyanyian oleh pelajar kugiran sekolah.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan sepanjang bulan kemanusiaan menutup acara pada hari tersebut.




















0 comments:

Post a Comment

Back to Top