30 September 2011 (Jumaat)
Mereka sudah bersedia!!! Hanya itu yang dapat digambarkan terutamanya kepada calon PMR 2011 yang bakal menduduki kertas pertamanya, Bahasa Melayu 1 pada 04 Oktober nanti.
Hari ini mereka telah bekerjasama menyusun meja dan kerusi sebagai medan untuk menentu masa depan selama lima hari. Berkat kesabaran dan ketekunan para guru dan pelajar, sudah pasti kejayaan bakal dijulang pada penghujung bulan Disember nanti.
Kami, Krew Lensa SMKTTJ mendoakan mudah-mudahan para calon PMR akan menduduki peperiksaan dengan tenang dan jawablah dengan fikiran terbuka. Berdoalah kepada tuhan moga anda akan memperoleh kecemerlangan yang diimpikan.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR BUAT SEMUA CALON PMR 2011
SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN PMR BUAT SEMUA PEMBACA BLOG LENSA YANG
BAKAL MENDUDUKINYA PADA 04 OKTOBER 2011
KEJAYAAN PASTI MENJADI MILIK ANDA...
30
September
undefined
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment