Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri

23 September 2011 (Jumaat)

Bertempat di Dataran Cendikiawan SMKTTJ, satu majlis yang penuh warna warni dan kegembiraan telah berlangsung dengan jayanya.  Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YB Tuan Khairy Jamaludin Abu Bakar selaku Ahli Parlimen Rembau.

Ketibaan YB Khairy telah disambut dengan sorakan kegembiraan oleh warga SMKTTJ yang telah mengenakan pakaian hari raya Aidilfitri yang berwarna warni.  Sungguh indah dan riang suasana pada pagi Jumaan yang suci ini.

Selepas YB Khairy menuturkan beberapa baris ucapan, majlis diteruskan dengan acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara pelajar dan warga pendidik SMKTTJ serta sesama rakan guru.  Inilah saat yang terlalu manis untuk dilupakan bila kisah yang silam dikikis dalam sekelip mata.  Mudah-mudahan waktu yang mendatang menjanjikan kegemilangan demi kemashyuran nama SMK Taman Tuanku Jaafar di mata masyarakat.

Krew Lensa juga telah menjalankan tugas dengan jayanya untuk merakamkan saat-saat indah sepanjang sambutan majlis Aidilfitri SMKTTJ.

Terima Kasih buat semua yang telah hadir termasuklah AJK PIBG SMKTTJ, bapa angkat SMKTTJ iaitu  Inspektor Jusman dari Balai Polis Senawang, oarang perseorangan, pekerja SMKTTJ, Encik Anuar dan staf dari Kantin SMKTTJ, warga guru SMKTTJ, Staf Sokongan SMKTTJ, pelajar serta mereka yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Terima Kasih Daun Keladi...
















































































0 comments:

Post a Comment

Back to Top