Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Menjengah Ahli Syurga - Program Khidmat Komuniti Panitia Sivik Ke Rumah Kebajikan Anak-Anak Istimewa

14 September 2011 (Rabu)
Sebuah Program Khidmat Komuniti telah dianjurkan oleh Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SMKTTJ melawat ke Rumah Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan ( OKU )  Negeri Sembilan yang bertempat di Taman Tuanku Jaafar pada 14 September 2011 yang lepas. Dengan diketuai oleh Ketua Panitia SIVIK iaitu Puan Rohayati, program ini turut disertai oleh beberapa orang guru lain iaitu Puan Josiena, Puan Rosiah, Cik Khalila dan Puan Yusrina Hanim ( wakil krew lensa ) serta beberapa orang pelajar Tingkatan 4 yang mewakili seluruh warga SMKTTJ.

Panitia SIVIK turut mengambil inisiatif membuat kutipan amal daripada guru-guru untuk disumbangkan kepada Rumah Kebajikan ini. Wang yang diperolehi ditukar dalam bentuk barangan dapur dan diserahkan kepada pemilik rumah kebajikan tersebut iaitu Datuk Azizan untuk kegunaan penghuni rumah terbabit. Suasana sayu tatkala menjengah masuk ke dalam rumah ini, bila melihat realiti kehidupan penghuni-penghuninya. Ternyata rumah ini dihuni oleh anak-anak istimewa yang sangat memerlukan perhatian dan jagaan rapi. Anak-anak istimewa ini tidak pernah membuat dosa dari sejak mereka dilahirkan, dan mereka akan ditempatkan di syurga nanti.. Insya Allah..  Datuk Azizan dan Datin Siti  dengan rela hati memelihara dan membesarkan semua anak-anak istimewa yang ditempatkan di sini, hasil usaha mereka sendiri dengan bantuan dari masyarakat dan pimpinan setempat.

Para pelajar juga membantu membersihkan kawasan sekitar rumah dan dalam rumah. Di akhir program Puan Rohayati turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai kepada Datin Siti dengan disaksikan oleh para pelajar dan penghuni rumah kebajikan ini. Semoga khidmat bakti seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

































0 comments:

Post a Comment

Back to Top