Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Al-Fatihah....Dalam Kenangan...

05 Februari 2012 (Ahad)

Petikan dari My Metro:

Dua sepupu maut ditelan ombak

 
Tengku Fara Izzaty binti Tengku Norman Aziza

PEKAN: Kegembiraan dua sepupu bersama enam rakannya menghabiskan cuti hujung minggu sempena sambutan Maulidur Rasul berakhir dengan tragedi memilukan apabila dua daripada mereka lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Selangor, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari, mangsa, Tengku Fara Izzaty Tengku Norman Aziza, 15, dari Seremban, Negeri Sembilan, dan Nurnadirah Zainal Abidin, 17, dari Tanjung Selangor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum kejadian, mangsa yang masing-masing menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tanjung Jaafar, di Seremban dan Sekolah Menengah Tengku Abdullah, di sini, datang bercuti sebelum menyatakan hasrat mahu bersiar-siar di tepi pantai sebelum mandi.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, selepas setengah jam mandi, enam daripadanya naik meninggalkan kedua-dua mangsa.

Menurutnya, tidak sampai lima minit kemudian abang kepada Tengku Fara, Tengku Sahzmin Najmi, 20, secara kebetulan terpandang kedua-dua mangsa melambai meminta pertolongan.

Katanya, Tengku Sahzmin bergegas meminta bantuan penduduk kampung sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat dan Bilik Gerakan Balai Polis Pekan.

“Mayat kedua-dua mangsa terbabit ditemui 25 minit kemudian hasil bantuan penduduk kampung sebelum dibawa naik ke darat untuk diberi bantuan pernafasan.

“Kedua-dua sepupu terbabit disahkan meninggal dunia sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Pekan (HP), di sini, untuk bedah siasat dijalankan,” katanya di sini, petang semalam.

Menurutnya, polis mengesahkan kejadian itu tidak membabitkan sebarang unsur-unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Sementara itu, bapa kepada Nurnadirah, Zainal Abdin Awang Teh, 42, berkata, dia mendapat tahu kejadian berkenaan melalui isterinya ketika menyelesaikan urusan kerja di Kuala Pilah, Negeri Sembilan sebelum bergegas pulang ke Pekan.

“Arwah sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya dan meminta membeli barang keperluan di asrama sebaik saja sesi persekolahan dibuka tidak lama lagi,” katanya.

Tengku Fara merupakan pelajar tingkatan 3 UMS yang bakal menduduki peperiksaan PMR menjelang bulan Oktober nanti.

Salam takziah dari kami semua warga SMK Taman Tuanku Jaafar dan Krew  Lensa SMKTTJ buat keluarga Tengku Fara dan Nurnadirah.  DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali......Al-Fatihah.

Petikan dari akhbar Metro 06 Februari 2012 (m/s:6)

0 comments:

Post a Comment

Back to Top