Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Sesibuk Sabtu....

11 Februari 2012 (Sabtu)

Persekolahan hari Sabtu telah bermula setelah bercuti sakan menjelang Tahun Baru Cina yang lalu.  Namun, persekolahan hari Sabtu kali ini agak berbeza berbanding dengan Sabtu sebelumnya.  Pelbagai aktiviti dikumpul dan dilaksanakan dalam masa 5 jam.

Bermula dengan rutin seharian iaitu menanda kehadiran pelajar, semua pelajar yang hadir telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.

Pelajar tingkatan lima telah mengikuti seminar motivasi yang dikendalikan oleh MSU.  Tujuan utamanya ialah untuk membangkitkan semangat dan keyakinan pelajar dalam menghadapi peperiksan SPM nanti.

Pelajar selainnya mengikuti aktiviti gotong-royong dan keceriaan kelas menjelang pelaksanaan Program Menggapai Bintang yang bakal dilaksanakan nanti.  Kelas dihias dan ditampal dengan pelbagai maklumat sama ada tentang ahlinya ataupun tentang mata pelajaran yang diambil.

Sebilangan dari mereka juga berkumpul di Perpustakaan SMKTTJ untuk menerima netbook 1Malaysia.  Sebahagian besar mereka ialah pelajar tingkatan 1 yang hadir bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Bila menjengah ke Balai Konferensi, satu orientasi dan LDP khas untuk guru baru di SMKTTJ.  Mereka diberi pendedahan tentang budaya kerja dan sesi soal jawab untuk menjamin mutu dan kualiti SMKTTJ semakin melonjak di mata masyarakat setempat khasnya dan Negeri Sembilan amnya.

Apa kurangnya kemeriahan di kantin serta jalur informasi sekolah.  Pelajar dan guru bersatu tenaga dan idea untuk menyiapkan meja maklumat kantin serta setiap petak papan kenyataan.

Pada susut yang berbeza, dapat kita melihat kelibat pasukan kadet polis sedang berlatih untuk menghadapi pertandingan kawad kaki sekolah yang akan berlangsung bulan Mac nanti.

Malah, tidak siapa tahu di sebalik kemeriahan tersebut, sebilangan guru juga begitu teruja memilih warna-warna ceria dan menarik untuk bidang masing-masing di bilik MPV.

Itulah kami di SMKTTJ tahun 2012.....

Seminar Motivasi SPM 2012:










































Meja kantin bermaklumat dan Jalur informasi smkttj:










































Penyerahan netbook 1malaysia:

















LDP dan Program Orientasi guru baru SMKTTJ:
















0 comments:

Post a Comment

Back to Top