Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Perarakan Maulidur-Rasul SMKTTJ...

17 Februari 2012 (Jumaat);

Mengambil berkat hari Jumaat yang mulia ini, majlis perarakan sambutan Maulidur-Rasul telah berlangsung dengan jayanya.  Umpama menyambut hari raya, pelajar mengenakan pakaian tradisional melayu iaitu baju kurung dan baju melayu lengkap.

Majlis dimulakan dengan perarakan yang diketuai oleh Saudara Muhammad Husaini, Naib Juara Akademi Al-Quran 2011.  Padang sekolah yang agak luas telah dikeliling dengan rasa tenang hati oleh semua warga SMKTTJ demi memeriahkan lagi majlis Maulidur-Rasul kali ini.

Kemudian, warga SMKTTJ dihidangkan dengan halwa telinga oleh tiga suara iaitu Tuan Haji Zakaria, Ustaz Nizam dan Encik Rais yang berpadu suara mengalunkan marhaban.

Sejurus kemudian, alunan merdu bacaan ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan oleh Saudara Muhammad Husaini.  Sayu dan menusuk kalbu mendengar kalam Allah berkumandang seluruh pelusuk SMKTTJ dan didengari jua oleh penduduk sekitar.  Mudah-mudahan ianya mampu melembutkan hati-hati yang makin jauh dari  mengagungkan Allah.

Sebelah petangnya pula, seorang ustaz berpengalaman luas dlam bidang keagamaan dan banyak memberi ceramah dalam majlis ilmu iaitu  Ustaz Mohd Qushairi bin Hamthan telah dijemput bagi mengisi rohani pelajar dan warga pendidik sesi petang bersama titisan hujan renyai-renyai.






























0 comments:

Post a Comment

Back to Top