Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Jelajah Kuala Lumpur

10 Mac 2012 (Sabtu)

Menjadi hasrat semua krew lensa SMKTTJ untuk menjelajah dunia luar dalam bidang fotografi.  Oleh itu, hasrat mereka telah terlaksana apabila satu kursus fotografi lanjutan telah dijalankan dengan jayanya di tiga lokasi berbeza.

Bermula seawal jam 0630 pagi, krew telah memenuhi ruang perkarangan SMK Taman Tuanku Jaafar untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke Kuala Lumpur.  Perjalanan agak lewat atas sebab-sebab teknikal dan menjadi semakin lewat apabila pemandu bas telah tersalah mentafsir tentang lokasi pertama iaitu Tasik Botani Perdana Kuala Lumpur dengan Taman Botani Putrajaya.

Jam 0900 pagi, perjalanan ke Tasik Botani Perdana Kuala Lumpur selamat tiba dan bermulalah tugasan para krew.  Sebanyak 7 kumpulan dibentuk untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh Encik Ku Shahril.  Tepat jam 0100 petang, krew berehat untuk menunaikan solat di Masjid Bukit Aman (masjid ibu pejabat Kontijen Polis Bukit Aman).

Selesai bersiap dan solat,lokasi kedua kami ialah KLCC.  Dalam perjalanan kumpulan yang menang telah diberi hadiah untuk menaikkan semangat bagi menghadapi tugasan selanjutnya.  Di KLCC, krew melakukan tugasan untuk mengambil gambar Street Photo, Portraiture dan Structure Photo.  Hampir jam 0630 perjalanan diteruskan ke lokasi terakhir iaitu Putrajaya.

Seakan tidak tahu erti penat, sebilangan krew menampakkan kemajuan dalam sesi memotret gambar manusia dan apa sahaja imej.  Krew telah pandai menentukan sudut yang kreatif supaya gambar yang dihasilkan tampak cantik dan menarik.

Setibanya kami di perkarangan Masjid Besi iaitu nama jolokan bagi Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, jam menunjukkan waktu Maghrib semakin hampir.  Bagi sesetengah krew, inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke masjid yang popular di Putrajaya dan seakan-akan terpegun dengan keindahan Putrajaya waktu matahari terbenam bila dilihat dari aras atas masjid.

Kreativiti cahaya bermula seawal jam 0900 malam iaitu selepas solat Isyak di tepi tasik berhampiran Masjid Besi.  Sesi kali ini membuatkan semua krew seakan hilang semua kepenatan waktu siangnya kerana begitu teruja dengan teknik yang baru dipelajari iaitu Grafiti Photography dan Ghost Photography.

Hampir jam 1050 barulah krew bergerak untuk singgah di jambatan Putrajaya.  Tepat jam 1120 malam, kami berangkat pulang ke Seremban.  Dek kerana letih, ramai krew yang lena dan tidak kurang yang merungut lapar.  Singgah hampir 10 minit di R&R Seremban untuk mengisi perut membuatkan krew lena sepanjang perjalanan ke SMKTTJ.

Tepat jam 1200 tengah malam, kami tiba di perkarangan sekolah dengan selamat dan penuh dengan ilmu dalam bidang fotografi.

Kursus-kursus yang bakal dijalankan:

1.  Kursus Videografi dan Suntingan (24 Mac 2012 - jangkaan) - terbuka kepada semua krew dan pelajar yang memiliki video
2.  Kursus Photoshop Lanjutan (01 April 2012 - jangkaan) - wajib kepada semua krew Lensa SMKTTJ
3.  Kursus kolaborasi Unit Penerbit UKM dan Lensa SMKTTJ (Oktober 2012) - semua krew Lensa SMKTTJ dan terbuka

Terima kasih diucapkan kepada pihak yang telah membantu menjayakan kursus kali ini:

Persatuan Ibubapa dan Guru SMKTTJ
Unit Ko-kurikulum SMKTTJ
Pentadbiran SMKTTJ
Syarikat bas Mayplan
Puan Noor Azian Abd Hani (pengurus kursus)
Encik Yazid Yusuf (Guru Videografi)
Puan Embun Eli (Guru pengiring)
Puan Sabariah Seman (Guru Pembimbing)
Encik Ku Shahril (Fasilitator)
Ibu bapa dan penjaga krew Lensa SMKTTJ
Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung




















 













0 comments:

Post a Comment

Back to Top