Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

SPM 2011....Kini Digenggam

21 Mac 2011 (Rabu):

Tepat jam 1140 pagi, Encik Akashah bin Ismail, GPK Akademik tiba di SMKTTJ dari PPD Seremban untuk mengambil keputusan SPM 2011.

Menunggu sehingga jam 1215 tengahari, akhirnya keputusan rasmi dalam genggaman tuan pengetua, Tuan Omar bin Ahmad.  Dengan senyuman terukir beliau mengumumkan keputusan SPM 2011 kepada semua pelajar yang setia menanti dengan penuh debaran.  Ada yang menitiskan air mata akibat terlalu gementar dan tak kurang juga yang berlagak wira cuba mempamerkan wajah bersahaja sedangkan hati bergelora bak taufan melanda Amerika Selatan.

Muhammad Hanafi dan Nur Najiha telah diumumkan sebagai pelajar terbaik dengan 10A dan seramai 24 calon mencapai kecemerlangan dengan memperolehi 5A ke atas.

Tahniah buat semua mereka yang cemerlang dan jangan hampa buat mereka yang kurang bernasib baik kerana masih banyak cabang dan jalan-jalan untuk meraih kejayaan pada masa akan datang.










































































































0 comments:

Post a Comment

Back to Top