Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Pertandingan Kawad Kaki

03 Mac 2012 (Sabtu):


Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan Dataran Setia, SMK Taman Tuanku Jaafar.  Sebanyak 12 platun telah mengambil bahagian bersama dengan formasi yang menarik untuk memikat hati para juri.


Ketua hakim, Mejar KRS Nor Zaman bin Abu Hassan, diikuti pleh hakim-hakim iaitu Mejar KRS Kalaiselvam al Muniandy, Kapten Sivanesan al Ethirmanusingam, Kapten Mohd Rosmadi bin Mohd Salleh dan Puan Norkhidayah bt Baharuddin telah menyempurnakan pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan di SMK Taman Tuanku Jaafar.


Tetamu kehormat iaitu Sub Inspektor Masri bin Mansor, Penolong Ketua Balai Polis Senawang telah sudi menyempurnakan acara penyampaian hadiah.


Hari ini satu lagi sejarah krew lensa dicipta apabila empat pelajar yang terpilih iaitu Dinie Sofia Natasha bt Ismail, Anith Syafiqah bt Amran Shukri, Athirah Syuhadah bt Mohd Azman dan Nurfarahin bt Mohd Raffee bersama guru pembimbingnya Encik Yazid bin Yusof dan Puan Noor Azian bt Abd Hani telah memulakan tugasan sebagai videografi sekolah.


Tahniah dari krew Lensa SMKTTJ buat semua pemenang dan jangan putus asa untuk mencuba lagi pada tahun hadapan buat mereka yang kurang bernasib baik.


Terima kasih buat para tetamu yang hadir ke sekolah kami dan kepada semua warga SMKTTJ yang bersama-sama menjayakan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah 2012.




























  
 

0 comments:

Post a Comment

Back to Top