24 Mac 2012 (Sabtu):
Baru lima hari sesi persekolahan dibuka semula, pelajar dan guru kembali aktif menjalankan tugasan yang seharusnya dilangsaikan mengikut ketetapan masa yang telah diberikan.
Kini, tiba giliran krew baru yang wujud dibawah naungan Lensa SMKTTJ iaitu krew videografi mengikuti kursus. Kursus asas videografi dan suntingan ini mendedahkan kepada para krew teknik merakam gambar dan teknik suntingan asas.
Seramai 7 orang krew dan 5 orang guru mengikuti kursus yang ditunjukajar oleh Encik Ku Shahril dari Shahril Fotografi.
Dalam waktu yang sama, persekitaran sekolah begitu meriah dengan pelbagai aktiviti hari Sabtu seperti latihan badminton, perlawanan sofbal dan perkhemahan Pengakap yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.
24
March
undefined
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment