Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Kursus Pembinaan Blog

ISNIN ,30 MEI 2011

Pada hari ini , kolaborasi kursus pembinaan blog antara panitia, unit-unit khas dan unit HEM SMK Taman Tuanku Jaafar serta Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Port Dickson, Pusat Kegiatan Guru (PKG) Ampangan dan Unit ICT serta 10 orang pelajar ThinkQuest SMK Jelai felda, Gemas di bawah bimbingan Encik NurHaslin Mokmin telah dijalankan di Perpustakaan dan Bilik Komputer SMK Taman Tuanku Jaafar .


Kursus ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar pada kemahiran membuat blog . Di samping itu, kursus ini juga bertujuan untuk membantu guru menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti panitia, unit-unit khas dan unit HEM sepanjang tahun serta mencungkil dan menyerlahkan kreativiti para pelajar dan guru . Selain itu, kursus ini juga dapat memupuk sikap positif pelajar dalam penggunaan teknologi maklumat .


Dianggarkan , seramai 150 guru dan pelajar telah mengikuti kursus tersebut . Kursus ini dijalankan pada jam 0800 pagi dan berakhir pada pukul 0500 petang .Majlis penutupan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah BTPN Negeri Sembilan .















































































dilaporkan oleh : nur dania atieqah

0 comments:

Post a Comment

Back to Top