Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Kem Sehari Bersama Fizik

Isnin, 30 Mei 2011

Bertempat di Bilik Utiliti SMK Taman Tuanku Jaafar dan bermula jam 0830 pagi hingga 0430 petang, berlangsung satu majlis ilmu yang dikolaborasi antara dua panitia berjarak hampir 30 kilometer jauhnya.  Ini merupakan majlis yang julung kalinya dianjurkan oleh Panitia Fizik SMK Taman Tuanku Jaafar bersama Panitia Fizik SMK Desa Cempaka, Nilai.


Buat kali kedua, penceramah yang sama diundang untuk memberi ceramah yang berbeza iaitu ceramah bertajuk 'Kajian Tindakan' kepada tenaga pengajar SMK Taman Tuanku Jaafar penghujung April lalu, dan hari ini beliau kembali untuk memberi ceramah tentang teknik menjawab dan belajar mata pelajaran Fizik.  Encik Abd Latif b Ismail merupakan seorang yang serba boleh dan bersesuaian dengan gelaran yang disandang iaitu Guru Cemerlang Fizik.  Bukan hanya mahir dalam ilmu Fizik, malah beliau juga sinonim dengan teknik-teknik untuk melaksanakan kajian tindakan di sekolah-sekolah.  


Krew Lensa tidak melepaskan peluang untuk merakamkan peristiwa semasa kem sehari fizik berjalan:





































0 comments:

Post a Comment

Back to Top