Proud As Lensa Crew....

Daisypath Graduation tickers
0

Sabtu Lagi....!!!!

Sabtu, 07 May 2011

Persekolahan kali ke empat berturut-turut pada hari Sabtu sepanjang bulan April dan Mei.  Untuk menceriakan suasana dan menambah stamina, Sabtu kali ini sarat dengan pelbagai cerita dan peristiwa bermula jam 0730 pagi hingga 1230 tengah hari.

Hari ini, semua warga SMK Taman Tuanku Jaafar pagi dan petang berkumpul bersama-sama untuk menjayakan  tiga acara serentak iaitu:  Senamrobik, gotong royong dan kursus haji.

Acara senamrobik dijayakan oleh semua pelajar di Dataran Perhimpunan.  Kemudian, hanya pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan senamrobik hari sukan bersama 2 orang guru penasihat rumah sukan mengikuti kursus senamrobik.  Kursus ini dibimbing oleh Cikgu Mashitah dari SK Taman Tasik Jaya.

Kursus haji pula dibimbing oleh Ustaz Muslal b Rafiman dari Lembaga Tabung Haji Seremban.  Kursus ini disertai oleh semua pelajar muslim tingkatan 5.  Kuliah dijalankan di surau SMK Taman Tuanku Jaafar dan praktikalnya di padang sekolah.

Selepas berpeluh melakukan senamrobik, semua pelajar bergerak mengikut kumpulan untuk aktiviti gotong royong persekitaran sekolah.  Makin hari, wajah SMKTTJ semakin ceria dan menawan.  Moga-moga penghuninya juga semakin berkobar azamnya untuk mengenggam kecemerlangan seiring keindahan SMKTTJ.

Lensa SMKTTJ merangkum semua peristiwa pada Sabtu ini:

1.  Senamrobik




























2.  Kursus Haji










































3.  Gotong Royong






















0 comments:

Post a Comment

Back to Top